Buang Imej Artis Nasyid, Penampilan UNIC Undang Kecaman

Share This:

Perubahan imej yang dilakukan oleh golongan artis memang perkara yang biasa.

Namun berlainan dengan kumpulan nasyid, UNIC kerana mereka dikecam pula gara-gara didakwa imej yang dibawa sekarang sudah tidak melambangkan artis nasyid.

Salah seorang anggotanya, Fakhrul berkata, mereka mempunyai sebab yang tersendiri untuk mengubah imej dan langsung tidak menghiraukan segala kecaman tersebut.


“Sejak menyertai Gema Gegar Vaganza (GGV) lagi kami sudah mula mengubah imej kami dengan hanya bertopi atau berambut pacak tanpa kopiah atau jubah seperti kebiasaannya. Namun nampaknya ada sesetengah peminat yang tidak dapat menerima perubahan ini dan terus mengecam kami sehingga kini.

“Sebenarnya UNIC sudah 15 tahun duduk dalam kelompok yang sama iaitu orang-orang di surau, masjid dan insititut pengajian Islam sahaja. Kini sudah tiba masanya kami cari peminat baru dan kelompok yang lebih besar seperti menyanyi di atas kapal cruise, di majlis-majlis korporat mahupun menarik minat golongan mat rempit.

“Kami tahu orang muda ni suka berfesyen dan berlawak, jadi kita cuba untuk mengikuti peredaran semasa selagi ia tidak melanggar syarak,” katanya kepada Astro Gempak.


Fotr: ig unicofficial

UNIC juga dianggotai oleh dua orang lagi iaitu Bazli dan Wan Najdi.

Fotr: ig unicofficial

Single terbaharu yang berjudul Sedar juga diberi nafas baru dan berlainan dengan lagu-lagu sebelum ini. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*