APLIKASI MOBILE SEMAKAN BR1M BOLEH DIMUAT TURUN DARI PLATFORM IOS DAN ANDROID

Share This:

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini boleh memuat turun Aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.

Melalui aplikasi ini, setiap pemohon BR1M boleh menyemak status penghantaran borang, permohonan BR1M, status bayaran dan status rayuan BR1M sekaligus memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

Pemohon hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store dan juga App Store dengan kata carian “Semakan BR1M” dan ikut sahaja arahan mudah yang akan diberikan.

Orang ramai diingatkan untuk memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun tersebut merupakan aplikasi tulen yang dibangunkan oleh LHDNM seperti di bawah.

Aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini sangat mudah, hanya klik di bahagian Semakan Status dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon.

Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan keselamatan.

Pemohon boleh membuat sebarang pertanyaan ke atas aplikasi ini dengan memilih pilihan Hubungi untuk panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*