PELEPASAN CUKAI RM1,000 BAGI IBUBAPA YANG MENGHANTAR KE TAMAN ASUHAN DAN PRA-SEKOLAH BERDAFTAR SAHAJA

Share This:

Ibubapa yang mendaftar anak-anak di bawah jagaan mereka layak mendapat pengecualian cukai terhad sehingga RM1,000 apabila menghantar ke taman asuhan dan pra-sekolah yang berdaftar sahaja.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah, pelepasan cukai pra-sekolah dan taman asuhan (TASKA) yang berdaftar sebanyak RM1,000 telah diperkenalkan untuk mengurangkan bebanan ibubapa.

Pelepasan cukai ini mula diperkenalkan pada tahun taksiran 2017 dan kerajaan Malaysia menganggarkan seramai 40,000 individu akan mendapat manfaat daripada manfaat ini.

Ketetapan pelepasan cukai terhad kepada RM1,000 setahun ini diberikan kepada individu yang menghantar anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah telah dinyatakan di dalam Perenggan 44(6) (1)(r) Akta Cukai Pendapatan 1967 di bahagian Perkara No. 10, Tahun 2017.

Penyemakan boleh dilakukan melalui atas talian sama ada Taska atau Pra-Sekolah adalah berdaftar dan mendapat manfaat pengecualian dari cukai ini.

Laman portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh dilawati di http://www.jkm.gov.my. Hanya dengan memilih negeri dan daerah, senarai Taska yang berdaftar akan dipaparkan.

 

Begitu juga laman sesawang seperti www.asuhan.my yang ditubuhkan sebagai satu direktori dan platform di mana ibubapa dan penjaga dan masyarakat sekitar dapat menyemak Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang berdaftar.

Selain itu, bagi menyemak kelayakan pelepasan cukai bagi anak-anak yang mendaftar di pra-sekolah boleh dilawati di laman sesawang di https://eprasekolah.moe.gov.my/

Namun begitu, ibubapa amat digalakkan menyimpan resit yang telah dibayar selama 7 tahun bagi tujuan pengauditan cukai di masa hadapan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi atau melayari Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau berhubung dengan Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*