Islamisasi Pecah Belah Masyarakat Dan Suburkan Keganasan – Marina Mahathir

Share This:

BAGI keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, agama Islam dilihat sebagai ancaman kepada mereka. Perkara ini amat mendukacitakan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini anak perempuan beliau Marina Mahathir menegaskan kononnya keganasan akan subur dan masyarakat negara ini akan berpecah belah sekiranya agenda Islamisasi yang berlaku di Malaysia berterusan.

Marina berkata demikian ketika melancarkan buku ‘Illusions of Democracy: Malaysian Politics and People Volume II’ di Kuala Lumpur pada 17 Januari.

Menurut anak Mahathir ini, Islamisasi adalah satu penjajahan dan konsep yang diketahui ganas.

“Ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”

Marina menggunakan satu kes terpencil seorang lelaki menampar seorang wanita tidak bertudung, lalu membuat dakwaan bahawa Islamisasi akan merobek Malaysia dan menjadikan negara ini merosot.

Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight, sekiranya seseorang itu tidak arif, kata-kata Raof Husin di Konvensyen Kebangkitan Ummah berkenaan bantuan pendidikan dihadkan kepada kaum Bumiputera sahaja dan cadangan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi berkenaan kabinet Melayu itu akan kedengaran seperti dilaungkan oleh kumpulan pengganas IS.

“Kalau kita tidak tahu, tidakkah kita akan berfikir bahawa IS (Daesh) juga berkata perkara yang sama?” dakwa Marina Mahathir lagi.

Selain daripada itu, Marina Mahathir turut membuat dakwaan bahawa terdapat juga nada toksik kumpulan Islam yang paling ganas di dunia yang kedengaran di negara ini.

Penyunting buku tersebut, Sophie Lemiere sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa pertubuhan bukan kerajaan seperti Pekida dan badan-badan yang bersekutu dengannya merupakan fenomena yang serupa seperti ‘Preman’ atau ‘samseng’ di Indonesia.

Perlukah orang Melayu terus bertolak ansur dengan penghinaan yang dibuat oleh anak Mahathir ini. Tidak cukupkah segala penghinaan yang keluarga ini lakukan terhadap orang-orang Islam.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*