Serangan Lapuk Berulang Lagi, Cuba Jejas Kedudukan Ringgit

Share This:

Ingatkan ada cerita baru, rupanya cerita lama. Bila tengok balik sumber yang bercakap dalam dokumentari BBC yang ditayangkan pada Selasa lepas ialah orang yang sudah kalah saman iaitu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Orang yang sama buat cerita lama yang recycle ini yang isunya sudah pun dijawab serta diperjelaskan berulang kali. Kalau hendak ikutkan, Clare Brown sudah tidak ada kredibiliti lagi untuk bercakap soal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Clare Brown diperintah RM83,700 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana kelemahan dalam permohonannya yang beliau berhujah iaitu tidak akan berjaya melakukan saman undang-undang terhadap Abdul Hadi di Malaysia kerana badan kehakiman, kerajaan dan Perdana Menteri sudah korup dan bersekongkol dengan Abdul Hadi.

Warga Britain itu dalam kenyataan pembelaannya memetik nama pemimpin BERSIH, S Ambiga sebagai sumber yang membertahunya berkenaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ada memberi wang RM90 juta kepada PAS. Sampai sekarang, Ambiga tidak jawab lagi dakwaan Clare itu dan terus berdiam diri.

Amat aneh kerana serangan dari luar negara dari orang yang sama dengan isu sama terjadi apabila nilai Ringgit dan ekonomi negara dalam corak yang begitu kukuh ketika ini.

Hari ini nilai ringgit berbanding Dolar Amerika terus meningkat menjadikan kedudukan RM3.94 selepas pernah menurun sehingga RM4.25 berbanding Dolar pada 2016.

Orang yang sama kali ini tidak guna lagi laman Sarawak Report kerana sudah hilang kredibiliti sebaliknya Clare sekarang ini guna BBC untuk burukkan Malaysia dan Najib. Kalau bukan hendak rosakkan ekonomi negara untuk apa lagi? Jika ekonomi rosak, persepsi rakyat kepada kerajaan akan merosot.

Serangan yang sama seperti ini terjadi bila ekonomi negara dalam keadaan amat baik dan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Mahathir Mohamad terkelu lidah melihat layanan istimewa yang diberikan Kerajaan Arab Saudi kepada Najib yang diberikan penghormatan tertinggi dibenarkan masuk ke dalam Makam Rasulullah dan masuk ke dalam Kaabah.

Pada Mei tahun lepas, Clare melalui Sarawak Report membuat tuduhan lain yang melibatkan syarikat sama 1MDB yang menyatakan kononnya sejumlah wang yang diambil dari 1MDB digunakan oleh Najib untuk membayar pejuang siber dan pakar pemantauan media sosial tapi sampai ke hari ini tidak ada bukti.

Saman dari Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang lemah juga tidak ada perkembangan lain. Pihak DOJ pun tidak lagi sampai ke hari membuat permohonan rasmi dari kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bersama walaupun diminta oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Mereka guna masa yang pada mereka betul untuk buat serangan begini tapi masih gunakan orang yang sama serta isu sama kerana mereka sudah ketandusan itu tapi mereka hanya putar belit isu yang sama berulang kali untuk kepentingan mereka dalam saat-saat begini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*