Pertemuan Sajat Dan Jakim Dikecam Netizen Non-Muslim

Share This:

Baru-baru ini JAKIM bertemu dengan usahawan kosmetik terkenal Sajat dengan tujuan dakwah , namun hasrat murni pertemuan tersebut dikecam oleh beberapa netizen terutamanya daripada kalangan bukan Islam.

Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk menyelesaikan kekeliruan yang timbul berkenaan isu status jantina usahawan kosmetik tersebut yang menjadi hangat baru-baru ini.

Ramai daripada netizen yang mengecam itu menuduh pihak JAKIM sedang beroperasi dengan wang hasil daripada kutipan cukai yang mereka bayar, oleh itu mereka tidak redha sekiranya JAKIM membelanjakan wang tersebut bagi menjalankan usaha dakwah kepada golongan yang terkeliru jantinanya.

Seorang netizen yang menggunakan nama Edward Hyde pada akaun laman sosial Facebook tergamak mendesak agar JAKIM dibubarkan kerana menurutnya jabatan tersebut menggunakan wang milik kerajaan bagi mencampuri urusan kehidupan orang lain kerana bagi netizen tersebut, perkara itu tidak membawa kepada kebaikan.

Sam Ng pula seolah-olah menuduh pihak JAKIM sedang membazirkan wang sebanyak RM1billion kerana menurutnya pihak JAKIM akan mengadakan banyak lagi siri pertemuan sia-sia dengan Sajat disebabkan jabatan itu mempunyai sejumlah wang yang besar untuk dibelanjakan.

Kevin Chong yang bekerja di pusat peranginan Genting Highland pula dengan selambanya memperlekehkan JAKIM sebagai organisasi untuk memeriksa jantina rakyat dan menggunakan wang cukai rakyat untuk tujuan itu.

Joe Sam secara menyindir mendesak agar pihak JAKIM membuka cawangannya di bilik bersalin di setiap hospital bagi tujuan mengesahkan jantina setiap bayi yang baru lahir kerana menurutnya JAKIM mempunyai belanjawan yang lebih daripada mencukupi untuk tujuan itu.

Tidak berapa lama dahulu, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sewaktu memegang teraju sebagai Yang di Pertuan Agong pernah meluahkan rasa dukacitanya terhadap golongan yang telah mempertikaikan fungsi agensi Islam seperti JAKIM.

Baginda sebagai pelindung agama Islam negara berasa murka kerana terdapat pihak yang sengaja memberi gambaran yang negatif atau memperkecilkan fungsi dan kewujudan institusi-institusi agama Islam di Malaysia.

Baginda turut menyelar tindakan mereka itu sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan keterlaluan.

Baginda bertitah, “Perlu difahami kewujudan dan fungsi agensi ini sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri adalah bagi melaksanakan fungsi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam, sekaligus membantu agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri untuk mengurus tadbir hal ehwal Islam.”

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*