“Lebih Baik Kami Yang Hilangkan Daranya,”-Ibu Bapa Rogol Anak Sendiri

Share This:

Sepasang suami isteri tergamak merogol anak perempuan mereka sendiri yang baru berusia 12 tahun.

Pasangan warga Rusia itu didakwa atas kesalahan pedofilia selepas menjadikan mangsa sebagai hamba seks.

Daily Mail melaporkan, tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual antara Disember 2016 dan Mac 2017.

Semasa si ayah merogol mangsa, si ibu turut berasa di atas katil yang sama.

Sementara itu si ibu didakwa atas deraan seksual memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.

Sumber menambah, si ibu juga pernah dirogol sejak berusia 13 tahun dan disebabkan itulah pasangan tersebut bersetuju untuk ‘melatih’ mangsa tentang hubungan seksual lebih awal.

“Biar dia hilang dara kepada ayahnya daripada orang gila lain,” adalah alasan yang diberikan.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa berjumpa dengan doktor berkaitan dengan masalah haid dan doktor mendapati dia sudah kehilangan daranya.

Bukan itu sahaja, mangsa juga dipaksa tidur sekatil dengan ibu bapanya sebelum melakukan hubungan seksual secara bertiga.

Difahamkan, nenek mangsa duduk dalam rumah yang sama tapi tidak tahu menahu tentang hal tersebut.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 34 tahun bakal dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan dan hak ibu bapa juga telah dilucutkan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*