Bunuh Diri Kerana Suami Tangguh Rancangan Beli-belah

Share This:

Wanita dilaporkan membunuh diri selepas suaminya menagguhkan rancangan membeli-belah kerana sibuk bekerja. Memetik Mail Online, kejadian berlaku di Lucknow, India.

 
Deepak Dwivedi yang juga penjawat awam di sebuah jabatan pendidikan berkata, dia memberitahu isterinya, Deepika, 23, pada Sabtu lalu bahawa dia tidak dapat menemaninya membeli-belah.
 
Berang dengan suaminya, wanita itu mengunci pintu bilik mereka dan tidak membenarkan Dwivedi masuk menyebabkan dia terpaksa tidur di luar.
 
Keesokan paginya, apabila mangsa masih tidak membuka pintu bilik, Dwivedi memutuskan untuk memecahkannya dan menemui mayat isterinya.
 
“Sepupu Deepika akan berkahwin bulan depan dan dia mengajak saya membeli barang keperluan untuk majlis perkahwinan.
 
“Deepika kecewa apabila saya menunda rancangan itu kepada esok (Ahad).
 
“Bila saya pulang dari kerja, dia sudah mengurung dirinya di dalam bilik kami dan enggan membenarkan saya masuk menyebabkan saya terpaksa tidur di luar.
 
“Keesokannya, saya memecahkan pintu dan menemui mayatnya,” katanya kepada Daily Bhaskar.
 
 

Foto: Mail Online
 

Pegawai polis Cantt Tannu Upadhyay berkata, keluarga wanita terbabit tidak menyalahkan Dwivedi dan keluarganya atas kejadian yang berlaku.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*