Suami Dayus, Pukul Isteri Hamil Macam Binatang

Share This:

Baru-baru ini seorang lelaki sungguh tergamak menumbuk dan menendang isterinya yang sedang mengandung dua bulan hanya kerana mangsa mengunci pintu bilik di rumah mereka di Kuang, Sungai Buloh kelmarin.

Malah suspek berusia 30 tahun itu juga dikatakan turut mengetuk kepala mangsa menggunakan batang kayu selain memukul wanita malang itu menggunakan penyangkut baju.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 24 tahun terbabit bertindak mengunci pintu bilik berikutan bimbang menjadi mangsa kekejaman suami yang kerap memukulnya sebaik pulang dari kerja.

“Namun tindakan mangsa itu membuatkan suspek bertambah marah lalu bertindak memecahkan pintu sebelum menumbuk serta menendang wanita terbabit berulang kali,” katanya.

Menurut sumber, walaupun mangsa merayu supaya tidak dibelasah namun suspek tidak mengendahkannya malah mengambil kayu dan penyangkut baju untuk memukul mangsa.

“Suspek memukul mangsa sehingga ‘lembik’ dan tidak bermaya sebelum keluar dari rumah meninggalkan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun berjaya menghubungi rakannya sebelum dibantu mendapatkan rawatan dan dibawa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh di sini,” katanya.

Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

Jika marah pada isteri sekalipun, suami tidak boleh memukul isteri. Pukulan yang dibenarkan hanyalah sekadar mendidik sahaja tanpa mencederakan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*