Senarai Dosa-dosa Mahathir Terhadap Rakyat Malaysia

Share This:

Surah Hud Ayat 113 – BERMAKSUD : “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”

Mahathir di penghujung usianya terus menaburkan fitnah dan tohmahan kepada telinga rakyat.  Mungkinkah dia menyesal sepanjang 22 tahun pemerintahannya dia bergelumang dengan segala dosa  yang amat banyak terhadap rakyat Malaysia? Jika dilihat dari langkah dan tindakannya, beliau seolah-olah mahu menambah bilangan senarai dosa-dosa tersebut sahaja.

Bukan kerana politik semata mata walaupun kita tahu Mahathir mempunyai agenda yang lebih besar dari mencari kekayaan, Menyebut tentang kekayaan selama 22 tahun dia telah memperkayakan keseluruhan anak beranaknya sehingga menjadi diantara yang terkaya.

Oleh yang demikian , bagi Mahathir untuk dirinya juga perlu “dibersihkan” walaupun sebenarnya ia lebih kepada menipu rakyat lagi untuk mencapai hasratnya itu. Mahathir harus membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Pengalihan kesalahan mesti dilakukan kepada orang lain. Dia tidak mahu kuburnya nanti ditanda sebagai kubur pengkhianat. Namun pengkhianat tetap pengkhianat. Bangkai gajah tak mungkin boleh ditutup.

Diantara tindakan yang mana tidak pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia ialah bagaiman dia menggunakan kezalimannya didalam Operasi Lalang. Dalam hal ini Mahathir perlu  dengan penuh yakin  menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan meletakkan cadangan bagaimana  dia “mahukan” ISA dihapuskan, tetapi ditolak oleh pihak polis.

Dosa dosa Mahathir terlalu banyak, terlalu banyak untuk dimaafkan oleh rakyat Malaysia yang mana  22tahun pemerintahannya telah “membersihkan” harta kerajaan dan wang rakyat untuk kepentingan kronni dan rakan baiknya.

Tragedi yang paling menyedihkan hati dan melukakan jiwa penduduk baling sudah pasti akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, Luka yang tidak pernah padam dan bagaimana Musa Hitan menjadi mangsa dalam tindakan Mahathir yang tidak bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar satu persatu ketika dia berada dipentas pembangkang sekarang.

Untuk rakyat Malaysia yang baru lahir  dalam  tahun 1978 keatas sudah pasti tidak merasai dan melihat secara jelas kezaliman Mahathir dan hanya tahu melalui pembacaan yang mungkin ada pro dan kontranya.

Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Menyingkap kebenarannya- Dibawah ini disenaraikan dosa dosa Mahathir terhadap rakyat Malaysia yang mana tidak pernah dimaafkan sama sekali diatas pengkhianatannya terhadap Agama , Bangsa dan Negara.

Perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni yang amat rapat bersamanya dan sintiasa diberikan ruang dan peluang untuk terus merompak wang rakyat.

  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.
  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan,

Di atas adalah sebilangan kecil untuk dinilai  oleh rakyat Malaysia , Namun pada masa  22 tahun pemerintahannya, Mahathir mengamalkan dasar kuku besi yang mana kebebasan bersuara rakyat dinafikan sepenuhnya

Dalam  hal ini Mahathir telah menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik kronisme dan nepotisme:

  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

Bukan itu sahaja Mahathir dalam kepelbagaian usaha untuk kekal berkuasa  telah melalaikan Melayu terutama pemimpin UMNO dengan tangisan sajaknya yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa” yang amat simboik mengingatkan bahawa tentang perjuangan bangsa.

Dalam tangisnya  bersajak Melayu Mudah lupa , Mahathir sendiri telah mengagalkan pihak polis dari menggunakan kuasa dan peruntukan yang ada  untuk memastikan kedaulatan bangsa Melayu Islam dan Malaysia diganggu gugat.

Beliau telah berusaha menyekat  kebebasan badan penguatkuasa dalam menjalankan tugasan dan mencampuri urusan pihak keselamatan dan menganggu pendakwaan yang melibatkan kroni-kroninya.

  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
  • Mengganggu penyiasatan BPR dan sekarang ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

  • Keruntuhan makmal computer;
  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
  • Keretakan PULAREK; dan
  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
  • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam yang telah merugikan rakyat dan menjadikan dana awam seperti milik sendiri dan kroninya asalkan dana awam disalurkan untuk menampung kerugian kroni dan anak beranaknya.

  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;
  • Kerugian RM15b Bank Negara;
  • Kerugian RM40 juta AIM;
  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

Menghina dan menyekat Islam

  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

  • Menutup dua MRSM di Terengganu;
  • Menutup sekolah agama rakyat; dan
  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
  • Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini.

 – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*