Menakjubkan! Penyelam Temui Dua Gua Bawah Air, Petunjuk Tamadun Purba

Share This:

Beberapa bulan yang lepas sekumpulan penyelam berjaya menghubungkan dua gua bawah air di timur Mexico, dan mendapati ianya satu penemuan yang dipercayai menjadi petunjuk kepada tamadun purba Maya.

Penemuan gua itu berlaku selepas penerokaan terusan bawah air dibuat di bawah Projek Gran Acuifero Maya (GAM) yang dibentuk khas untuk menyelidik dan mengkaji pemuliharaan perairan subterranean di semenanjung Yucata.

Menurut sumber berkata, kumpulan terbabit mendapati sistem gua sepanjang 263 kilometer dikenali sebagai Sac Actun itu dihubungkan kepada sistem sepanjang 83 kilometer.

Pengarah dan Pakar Arkeologi bawah air GAM, Guillermo de Anda berkata, penemuan menakjubkan itu berupaya membantu orang ramai mengetahui selok-belok pembangunan kebudayaan rantau itu yang didominasi tamadun Maya sebelum penjajahan Sepanyol.

“Ia membolehkan kita menghargai dan menghayati kebudayaan, cara hidup dan kehebatan penempatan praHispanik yang pernah wujud sebelum ini,” katanya.

Sesetengah ‘cenotes’ dianggap suci untuk puak berkenaan dan keturunan mereka masih mendiami rantau itu.

Semenanjung Yukata dipenuhi tinggalan kaum Maya yang membangunkan penempatan mereka menggunakan rangkaian lubang atau gua dan dihubungkan kepada perairan subterranea dikenali sebagai ‘cenotes’.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*