BN Bakal Rampas DUN Hutan Melintang Hasil Kelantangan Ramesh Rao?

Share This:

Pembangkang begitu mendambakan negeri Perak untuk dirampas semula selepas hanya sekejap membentuk kerajaan selama 11 bulan pada 2009. Pada PRU14 nanti, persaingan dijangka begitu hangat di Perak apabila Pakatan Harapan (PH) kini begitu optimistik dapat menang dan membentuk kerajaan semula di negeri itu.

Pada 20 Ogos tahun lepas, DAP melalui Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang yakin mereka yang dianggotai oleh DAP, PKR, PPBM dan PAN akan berjaya menang biarpun kemungkinan berlaku banyak pertemuan tiga penjuru dengan PAS pada PRU 14 nanti.

Mereka yakin bakal menang 39 kerusi dala Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak nanti.

Antara kerusi DUN yang panas untuk pertandingan pada PRU14 nanti ialah kerusi DUN Hutan Melintang N54 yang kini disandang oleh S Kesavan dari PKR yang memenangi kerusi berkenaan pada PRU13 dengan majoriti 1,240 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) iaitu R Supramaniam.

Di kerusi berkenaan berlaku pertembungan empat penjuru melibatkan calon Berjasa, Azahari Abdullah dan calon bebas Mat Sidi Hashim. Kesavan memperolehi 10,155 undi manakala Supramaniam memperolehi 8,915 undi.

Kesavan juga menang pada PRU12 pula, S Kesavan menang menewaskan calon BN S Thangasvari dengan majoriti lebih besar iaitu 1,721 undi.
Kini, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao yang begitu terkenal dengan kelantangannya menyerang dan mengkritik PH dilihat sudah bergerak turun padang ke kawasan DUN berkenaan iaitu tempat lahirnya iaitu Hutan Melintang.

Beliau bersama dengan penduduk dan turut beramah-mesra serta mendengar masalah yang mereka alami. Sejak beberapa minggu lalu, Ramesh begitu komited menganjurkan program melibatkan rakyat serta menghulurkan bantuan diperlukan oleh rakyat dan pengundi di kawasan berkenaan.

Pada 14 Januari lepas, Ramesh menganjurkan program menyambut pesta Ponggal di Shridi Sai Baba Center, Simpang Empat di Bagan Datoh yang dihadiri ramai penduduk tempatan.

Rata-rata orang ramai yang ditemui begitu senang dengan kehadiran Ramesh yang tidak berhenti bertemu dengan orang ramai serta cuba memahami masalah mereka, dan mereka menyifatkan Ramesh boleh menjalankan tugas dengan baik jika diberi peluang menjadi wakil rakyat di sana.

Bagi mereka, beliau berkebolehan menjawab fitnah, menyelesaikan masalah rakyat dan sentiasa peka dengan isu semasa.

“Saya sentiasa bersedia untuk menyokong kepimpinan BN dan terus berbakti kepada rakyat serta bersedia menyokong sesiapa sahaja calon yang akan bertanding pada PRU14 nanti untuk kepentingan negara,” katanya sebelum ini.

Bagi Ramesh, beliau sudah mengenali corak pentadbiran dan kerja PKR di kawasan DUN itu dan sudah sampai masa satu perubahan dilakukan untuk memberi mandat pada PRU ke-14 ke kepada BN.

Sehingga ke hari ini, Ramesh masih belum berhenti terus menyerang DAP, PKR, PAN dan PPBM apabila mereka membuat tuduhan tidak berasas cuba memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut mengadakan ceramah di kawasan Sungai Tiang sebelum ini dalam bahasa Cina. DUN Hutan Melintang terletak bawah Parlimen Bagan Datoh yang diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pakatan khususnya DAP sudah jelas tidak menyenangi kelibat Ramesh dalam kancah politik khususnya dalam isu melibatkan tempat lahir Lim Kit Siang yang sehingga kini masih hangat diperkatakan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*