Suami Paksa Isteri Bersalin Secara Bedah..Tak Sangka Ini Alasan Suami

Share This:

Tujuan perkahwinan bukan hanya semata-mata kerana nafsu,tetapi kerana kasih sayang dan menjalankan satu tanggungjawab sebagai suami, isteri dan perkahwinan itu juga merupakan salah satu ibadah jika kita melakukannya dengan niat yang betul kerana Allah, dan kita akan dibalas dengan pahala oleh Allah. Seperti mana kisah yang dikongsikan di sebuah laman sosial ini, ia memberi pengajaran bagi seorang suami yang perlu menerima dan menghargai pengorbanan isteri ketika melahirkan anak dan bukan hanya semata-mata memikirkan soal kepuasan diri.

 

Entah apa yang berada di fikiran lelaki ini. Apakah dia berkahwin dengan isteri hanya kerana seks? Atau kerana mahu hidup bersama sepanjang hayat? Hanya kerana terpengaruh dengan kata-kata kawan, si suami sanggup suruh isteri yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan bersalin secara pembedahan.

 

MIN, saya mengandung enam bulan dan suami suruh saya bersalin secara pembedahan. Tetapi, boleh ke hospital kerajaan bagi kalau kita minta?

 

Saya bertanya kepada suami, kenapa dia meminta saya bersalin secara pembedahan. Dia jawab,

 

“Nanti awak punya ‘tut’ tak diusik. Kalau dah bersalin, nanti bila ‘main’ tak syok.”

 

Kemudian saya tanya lagi, macam mana dia tahu semua itu? Suami jawab, kawan-kawan dia banyak yang ‘makan luar’ sebab isteri mereka dah longgar.

 

Saya terus naik hantu! Saya kata ibu saya dah tujuh orang anak dan tidak pernah pun bersalin secara pembedahan.

 

“Kau memang dasar keparat!” saya terus tumbuk bahu dia.

 

“Kalau nak bersalin secara pembedahan, sila sediakan duit untuk bersalin di hospital swasta!” bentak saya pada suami.

 

Suami diam seribu bahasa.

 

Bengong jantan ni kan? Sekarang saya terfikir nak lari saja.

 

Sementara itu netizen menyarankan si isteri akur saja pada permintaan si suami. Namun dengan syarat, lelaki itu juga perlu dibedah sama.

 

“Alah, operate je la. Ajak dia sekali. Kau operate keluarkan anak, dia operate keluarkan telur sebab perangai dia serupa pondan tak ada otak.

 

“Duit pun tak ada, nak demand macam-macam. Swasta pun tak boleh nak bayarkan, memang wajiblah buang telur lelaki seperti ini.” -netizen.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*