Sharnaaz Ahmad Mahu Nur Sajat Digam Dari Stesen TV Dan Media Sosial

Share This:

Berita Nur Sajat bertemu Jakim semalam sememangnya mendapat perhatian ramai, termasuk selebriti tanah air, Sharnaaz Ahmad. Menerusi laman Twitter, Sharnaaz menegur Sajat supaya berterus-terang sahaja dengan status jantina, tanpa berselindung lagi.

Siapa tidak kenal dengan suara lantang Sharnaaz, pastinya bahasa yang ditulis ‘straight forward’. Dalam kenyataan itu, Sharnaaz menggesa supaya semua pihak tidak terus ‘menghalalkan’ apa yang dilakukannya agar tidak mempengaruhi orang lain.

Selain itu Sharnaaz turut mempersoalkan tanggungjawab sebagai orang Islam yang memerhatikan saja, seolah menyokong individu yang dipanggil ‘pondan’ ini. Rata-rata ramai yang bersetuju dengan pendapat Sharnaaz, selain turut ‘tag’ nama Sajat di ruangan komen.

Apapun kami tertanya-tanya juga apa jalan penyelesaian yang dicapai hasil perjumpaan Sajat dengan pihak Jakim semalam. Harapnya terungkai persoalan mengenai status jantinan Sajat, sudah lama rasanya semua menunggu jawapannya

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*