RAMAI USAHAWAN ATAS TALIAN LARI DARI MEMBAYAR CUKAI PEGANGAN: Bahagian 3

Share This:

Umum mengetahui dengan lahirnya begitu ramai pelajar dari aliran guru-guru atau pakar-pakar internet dari kalangan Irfan Khairi, SifuFBads, Najib Asaddok, Firdaus Azizi, Wan Mus, Alis Uwais, Faisal Abdullah dan ramai lagi guru-guru pemasaran internet, maka semakin ramai usahawan yang telah menggunakan perkhidmatan pengiklanan menerusi internet dan khususnya Facebook Ads atau Google Adwords ini.

Namun begitu, masih ramai usahawan internet tidak sedar tentang kewajipan membayar cukai pegangan apabila mereka mengiklankan atau mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka menggunakan medium atas talian seperti Facebook Ads atau Google Adwords.

Usahawan internet mungkin hanya sedar bahawa kos pengiklanan yang dibayar setelah menggunakan medium pengiklanan di atas berdasarkan jumlah yang dibayar sahaja kepada syarikat pembekal.

Kos pengiklanan yang telah dibelanjakan memang merupakan perbelanjaan dibenarkan untuk penolakan cukai sebagai sebahagian pengiraan dalam menentukan jumlah pendapatan yang sebenar.

Kekeliruan yang mungkin timbul apabila pembayaran tersebut perlu ditambah lagi dari jumlah tersebut sebagai cukai pegangan.

Maka pembayar (usahawan internet tadi) dikehendaki dalam tempoh satu bulan selepas tarikh dibayar/dikreditkan royalti hendaklah meremitkan cukai pegangan (sama ada atau tidak cukai dipotong) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ini kerana perbelanjaan iklan menggunakan Facebook Ads adalah tertakluk kepada cukai pegangan disebabkan:-

  1. Invois cukai yang dikeluarkan oleh Facebook Ads adalah daripada syarikat yang bukan diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia.
  2. Perbelanjaan ke atas Facebook Ads dikategorikan sebagai Royalti atas penawaran menggunakan platform untuk peniaga menggunakan sebagai alat pengiklanan produk mereka. Takrifan sebagai royalti perlu dikenakan pembayaran cukai pegangan.
  3. Khidmat yang digunakan melalui Facebook Ads adalah untuk perniagaan di Malaysia.
  4. Sebagai pembekal Facebook Ads, Facebook Inc. tidak dikenakan cukai di Malaysia, maka usahawan yang menggunakan perkhidmatan ini perlu membayar cukai pegangan sebanyak 8%.

Oleh yang demikian, perbelanjaan usahawan ke atas pengiklanan menggunakan khidmat Facebook Ads sebanyak RM10,000 sebulan sebagai contoh, cukai pegangan sebanyak 8% ( RM10,000/ 92% x 8%) iaitu RM869.57 perlu diremitkan kepada LHDNM dalam tempoh sebulan dari tarikh dibayar kepada Facebook Ads tersebut.

Justeru, perlu diingatkan kegagalan membayar cukai pegangan atau lewat membayar cukai pegangan (tidak di dalam tempoh satu bulan selepas tarikh dibayar/dikreditkan bayaran kepada penerima tidak bermastautin) beliau akan dikenakan kenaikan cukai pegangan bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) daripada jumlah cukai pegangan yang masih belum dibayar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*