Mahathir Hina Graduan Yang Jual Nasi Lemak Dan Pandu Uber

Share This:

Hari ini dalam program policy talk oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad menghina kumpulan graduan yang memilih untuk menjual nasi lemak dan memandu perkhidmatan Uber dengan mendakwa mereka memalukan negara.

Pada pendapat beliau yang jadi pernah jadi PM selama 22 tahun, graduan semua perlu bekerja makan gaji setanding dengan ilmu yang dipelajari di universiti. Mahathir sebenarnya tutup mata dan tidak mahu ambil tahu tentang ramainya graduan yang sudah berjaya mencipta kekayaan dengan menjual nasi lemak dan memandu Uber.

Begitu ramai di antara mereka pendapatan sudah mencecah ribuan ringgit. Ada pemandu Uber dan Grab sudah boleh menerima pendapatan bulan lebih RM5,000 manakala yang menjual nasi lemak boleh mendapatkan pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan selepas nasi lemak mereka mendapat sambutan hangat.

Golongan ini sekarang ini sudah tidak mahu bekerja makan gaji di bawah arahan majikan kerana mereka tidak bebas menguruskan masa mereka sendiri. Bagi mereka, kebebasan masa adalah penting dan tidak terikat di bawah sesiapa untuk menjalankan kerja.

“Kita tidak boleh berbangga dengan mereka yang terlibat dalam menjual nasi lemak ataupun menjadi ‘driver’ Uber. Ini untuk menampung pendapatan mereka kerana mereka tidak mendapat punca pendapatan sama sekali.

“Sebaliknya, mereka ini yang terlatih dengan kecekapan yang begitu tinggi patut bekerja menggunakan kebolehan, ilmu dan kecekapan yang mereka perolehi,” katanya dalam “policy talk” ke-2 yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Beliau berkata, ia adalah petanda pasaran kerja tidak dapat memadankan individu terlatih dengan kerja sesuai.

Untuk menjual nasi lemak katanya, remaja perlu dilatih di dalam sebuah universiti yang mengajar bagaimana hendak jual nasi lemak.

Beginilah mentaliti seorang yang veteran tapi mahu diangkat menjadi PM baru jika pakatan menang PRU14. Mahathir tidak mengetahui bahawa sekarang kerajaan menyediakan banyak pusat pengajian jangka pendek yang memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan perniagaan sendiri.

Selain itu, ada juga ibu yang tahu membuat nasi lemak yang sedap kemudian mengajar anak mereka membuatnya seterusnya dipasarkan menggunakan teknologi moden melibatkan promosi dalam media sosial.

“Kalau hendak jual nasi lemak, kita seharusnya ada universiti yang menempatkan pelajar untuk belajar bagaimana hendak jual nasi lemak, tetapi kita tidak ada universiti seperti ini,” katanya.

Pada zaman PM, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini, beliau membuka pintu seluas-luasnya untuk rakyat Malaysia memulakan perniagaan tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain. Kerajaan mahu rakyat Malaysia berdaya tahan dan mampun mencari pendapatan sendiri selaras dengan sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Mahathir mahu rakyat bekerja untuk bantu syarikat kroninya menjalankan operasi menggunakan tenaga kerja terlatih untuk menjadikan taikun taikun kroni beliau lebih kaya dan ada juga habuan untuk Mahathir. Ribuan penjual nasi lemak berkelulusan ijazah dan pemandu Uber serta Grab telah dihina secara terbuka oleh Mahathir.

Jika mereka bekerja makan gaji, majikan akan kawal mereka, masa mereka terbatas dan masa yang diluangkan untuk diri sendiri serta keluarga juga akan jadi terhad. Mereka yang sudah jual nasi lemak dan memandu Uber pun sudah tidak akan sekali-kali kembali bekerja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*