Lepas Tangkap Khalwat, Pegawai Agama Rogol Gadis

Share This:

Seorang gadis berusia 14 tahun yang sebelum ini ditangkap khalwat, telah menjadi mangsa rogol pula oleh seorang pegawai penguat kuasa agama.

 
Menurut laporan Harian Metro, ‘Imam’ yang berusia 50 tahun itu telah berjanji untuk menguruskan dokumen perkahwinan selepas mangsa dan pasangannya ditangkap khalwat pada 16 Disember lepas.
 
Sumber menambah, suspek telah datang ke rumah mangsa pada 29 Disember dan mengajaknya menguruskan dokumen dengan ditemani adik lelaki mangsa sekali.
 

 

Mangsa kemudiannya diminta untuk mendaftar masuk ke sebuah hotel untuk mengisi borang nikah sementara adik lelakinya menunggu di sebuah restoran.
 
“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya,” kata sumber.
 
Pada 3 Januari, suspek mengulangi perbuatannya di hotel yang sama sebelum keluarga mangsa membuat aduan dan tangkapan dibuat pada hari yang sama.
 

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahkan tangkapan. Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*