Guru Trauma Kereta Dibaling Cangkul

Share This:

Syukur nyawa masih panjang. Guru lelaki nyaris maut selepas kereta dipandunya dibaling dengan sebatang cangkul.

 
Sinar Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi semalam di Kampung Apa-Apa, Gelang Mas, Pasir Mas menyebabkan mangsa masih trauma, namun bersyukur tidak mengalami kecederaan.
 
Ketika kejadian, Muhammad Naziree Osman,39, dalam perjalanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, Kuala Krai.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.
 
“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan ternampak dua lelaki tidak dikenali berdiri di tepi jalan.
 
“Salah seorang daripada mereka membaling sebatang cangkul ke arah kereta mangsa menyebabkan cermin hadapan pecah,” katanya.
 
 

Foto: Sinar Online
 

Tambah Abdullah, pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung kes.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*