Anwar Tetap Peliwat Pada Mata Mahathir

Share This:

Sejak lebih 20 tahun yang lalu, tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak pernah berubah. Pada matanya, Anwar tetap seorang pesalah liwat dan apa yang dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1998, bukanlah satu perbuatan yang harus dia meminta maaf kepada Anwar mahupun seluruh keluarga Ketua Umum Harapan berkenaan.

Hari demi hari berlalu sehinggalah hari ini, Mahathir sudahpun berada di dalam kem yang sama dengan Anwar. Siapa sangka, sewaktu Anwar disumbatkan kedalam penjara untuk lima tahun atas kesalahan meliwat, keadaan ini diambil sepenuhnya oleh Mahathir untuk menduduki senarai teratas sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Keadaan ini sebenarnya langsung tidak mengubah pendirian Mahathir terhadap Anwar. Pada matanya, Anwar tetap seorang peliwat walaupun dia tidak pernah menzahirkan ayat-ayat berkenaan. Bagaimana telahan ini boleh berlaku?

Lihat sahaja dalam banyak program yang dihadiri oleh Mahathir, setiap kali timbulnya persoalan samada Mahathir mengakui bahawa Anwar meliwat, dia hanya menyambut pertanyaan berkenaan dengan batuk yang sengaja dibuat-buat. Bukan baru sekali Mahathir bertindak demikian, sudah banyak kali dia menampilkan jawapan batuk kepada soalan liwat Anwar.

Walaupun secara kasarnya Mahathir tidak mengeluarkan apa-appa kenyataan berhubung isu ini, dari tindak tanduknya kita sudah boleh mengagak bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar satu ketika dahulu, sememangnya benar dan Mahathir langsung tidak menarik balik tuduhan berkenaan.

Justeru, timbul persoalan, bagaimana dua individu ini boleh bekerjasama dalam satu pasukan seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak? Adakah para penyokong Anwar dan PKR secara amnya yakin bahawa Mahathir akan membawa usul pengampunan DiRaja kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong bagi pihak Anwar?

Untuk ini, jawapannya, mungkin hanya sekadar mimpi. Andai kata Mahathir memperolehi kuasa walaupun ianya disifatkan sebagai sementara oleh para pemimpin Pakatan Harapan, tidak mungkin dia akan membenarkan seorang pesalah liwat menjadi Perdana Menteri ataupun membuang masanya untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi pihak Anwar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*