RAMAI USAHAWAN ATAS TALIAN LARI DARI MEMBAYAR CUKAI PEGANGAN: Bahagian 2

Share This:

Berapa ramaikah usahawan yang telah membayar kos pengiklanan menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords yang telah meremitkan cukai pegangan sebanyak 8% kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)?

Dewasa ini usahawan menggunakan medium atas talian sebagai satu cara mempromosi dengan lebih cepat, murah dan berkesan, maka penggunaan perkhidmatan Facebook Ads dan Google Adwords bukan merupakan satu perkara yang asing.

Kos pengiklanan bagi penggunaan Facebook Ads dikategorikan sebagai Royalti atas penawaran menggunakan platform untuk peniaga menggunakan sebagai alat pengiklanan produk mereka.

Setiap peniaga yang menentukan kriteria tertentu menggunakan sistem yang disediakan oleh Facebook Ads, maka bayaran kerana menggunakan sistem yang disediakan diklasifikasikan sebagai Royalti.

Oleh kerana inbois yang diterima kerana menggunakan Facebook Ads adalah daripada negara Ireland dan tertakluk kepada perjanjian pengelakan cukai dua kali Ireland, maka cukai pegangan bagi Royalti adalah 8%.

Cukai pegangan merupakan cukai yang dikenakan kepada penerima pendapatan (pembekal) bukan pemastautin, namun cukai ini dipegang oleh pembayar (perniagaan) dan dibayar kepada pihak LHDNM.

Sebagai contoh, apabila perniagaan mendapatkan khidmat dari luar negara, peniaga perlu memegang sebahagian dari nilai bayaran sebagai cukai pegangan untuk dibayar kepada LHDNM.

Secara asasnya, cukai pegangan perlu dibayar oleh perniagaan bagi pihak pembekal (di sini ialah pihak Facebook Ads) kepada LHDNM, kebiasaanya kebanyakan pembekal tidak bersetuju dengan penolakan terhadap cukai pegangan ini.

Jika kos iklan yang dibayar bernilai RM1,000 kepada Facebook Ads dan mereka tidak bersetuju untuk mendapat jumlah bersih RM920, iaitu setelah ditolak 8% sebagai cukai pegangan sebanyak RM80.

Maka, peniaga perlu mengira semula dengan menganggap jumlah RM1,000 tersebut sebagai nilai 92% dari jumlah Royalti dan 8% lagi merupakan tambahan ke atas cukai pegangan.

Oleh yang demikian, cukai pegangan akibat pembekal yang tidak bersetuju dengan penolakan cukai pegangan akan dikira semula sebegini:

RM1,000/0.92 x 8% = RM86.96.

Maka jumlah kos pengiklanan sebenar ialah RM1,086.96. Manakala RM86.96 perlu diremitkan kepada LHDNM sebagai cukai pegangan seperti yang termaktub di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sejauhmanakah peniaga atau usahawan atas talian yang telah patuh kepada pembayaran ke atas cukai pegangan LHDNM.

Perlu diingatkan jika kegagalan pembayar membayar cukai pegangan atau lewat membayar cukai pegangan (tidak di dalam tempoh satu bulan selepas tarikh dibayar/dikreditkan bayaran kepada penerima tidak bermastautin) beliau akan dikenakan kenaikan cukai pegangan bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) daripada jumlah cukai pegangan yang masih belum dibayar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*