Penjaga Masjid Cabul 15 Kanak-kanak Ketika Mengaji

Share This:

Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dicabul lelaki separuh baya di sebuah masjid di Desa Long Beluah Kecamatan Tanjung Palas Barat, Kalimantan Utara, lapor PROKAL.CO.

 
Suspek berusia 59 tahun itu bertugas sebagai penjaga masjid dan ditahan pada Khamis untuk membantu siasatan.
 
 

Foto: KALTARA POS
 
Menurut laporan, kegiatan keji lelaki itu dilakukan sejak September tahun lalu dan hanya terbongkar pada 9 Januari lalu apabila ibu bapa salah seorang daripada mangsa membuat laporan polis pada 11 Januari.
 
Difahamkan, suspek mendekati mangsa dalam lingkungan usia 7 hingga 8 tahun yang menghadiri kelas mengaji di sebuah masjid di Long Beluah.
 
Suspek merayu dengan menjanjikan wang upah dan memujuk mangsa untuk duduk di atas pangkuannya sebelum mencabul kanak-kanak terbabit dengan meraba bahagian sulit mereka.
 
Setakat ini, polis mengesahkan jumlah mangsa adalah 15 kanak-kanak perempuan.
 

Suspek berdepan hukuman penjara minimum 5 tahun hingga maksimum 15 tahun dan denda Rp 5 juta (hampir RM1.5 juta), jika sabit kesalahan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*