RAMAI USAHAWAN ATAS TALIAN LARI DARI MEMBAYAR CUKAI PEGANGAN: Bahagian 1

Share This:

Penerimaan lebih jelas tentang cukai pegangan telah dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada usahawan atas talian.

Umum mengetahui kebanyakan usahawan kini semakin ramai menggunakan medium platform Google atau Facebook sebagai medium untuk memperkenalkan, mempromosi atau menyebarkan maklumat mengenai perniagaan dan produk mereka.

Namun LHDNM menjelaskan bahawa bayaran yang dibuat kepada Google dan Facebook untuk perkhidmatan pengiklanan adalah royalti dan bukan bayaran untuk perkhidmatan.

Persatuan Internet Marketer telah berjumpa dengan LHDNM membincangkan mengenai cukai pegangan terhadap Facebook Ads dan Google Adwords ini. Persoalannya adakah perbelanjaan Facebook Ads dan Google Adwords adalah satu perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai.

Keputusan telah dikeluarkan oleh LHDNM dengan menyatakan kedua-dua iklan di atas adalah tertakluk kepada cukai pegangan sebanyak 8% disebabkan Facebook Ads tidak beroperasi di Malaysia.

Bagi memahami tentang cukai pegangan iaitu satu amaun yang dipegang oleh pembayar terhadap pendapatan yang diterima oleh penerima bukan pemastautin (individu/badan selain individu) dan dibayar kepada LHDNM.

‘Pembayar’ merujuk kepada individu/badan yang menjalankan perniagaan di Malaysia dan perlu meremitkan cukai pegangan terhadap sebarang bentuk bayaran perkhidmatan/khidmat nasihat/sewa harta mudah alih/royalti/faedah/kontrak yang diterima oleh penerima tidak bermastautin.

‘Penerima’ merujuk kepada individu/badan selain individu bukan pemastautin yang memberi sebarang bentuk perkhidmatan/khidmat nasihat atau menerima sewa harta mudah alih/royalti/faedah daripada pembayar, yang mana cukai pegangan ditolak daripada amaun kasar bayaran perkhidmatan yang diterima.

Persoalannya, berapa ramaikah usahawan yang telah membayar kos pengiklanan menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords yang telah meremitkan cukai pegangan sebanyak 8% kepada LHDNM?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*