Mengejutkan!! Mayat Berdengkur Di Atas Meja Bedah Siasat

Share This:

Kakitangan hospital terkejut apabila seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia oleh tiga doktor mengejutkan apabila dia berdengkur di atas meja bedah siasat dan sebenarnya masih hidup.

 

Menurut laporan berita tempatan, Gonzalo Montoya Jimenez, 29, ialah seorang banduan di utara Sepanyol.

 

Lapor La Voz de Asturias, dia ditemukan tidak sedarkan diri di dalam selnya pada Ahad dan dipercayai sudah meninggal dunia.

 

Tiga doktor forensik didakwa memeriksa Jimenez dan mengesahkan kematiannya.

 

Empat jam kemudian, dia didengari mengeluarkan bunyi sebaik sebelum prosedur autopsi dilakukan ke atasnya.

 

Badan suspek turut sudah ditanda sebagai panduan untuk melakukan proses bedah siasat dan ini menandakan pengesahan kematian itu bukan baru dibuat.

 

Suspek kini sudah sedarkan diri dan berada dalam unit rawatan rapi di Hospital Universiti Pusat Asturias di Oviedo, Sepanyol. – Livescience

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*