Sesuatu Aneh Pada Photo, Lelaki Terkejut Selepas Melihat Gambar Secara Lebih Dekat

Share This:

Misteri menghantui seorang lelaki selepas dia berhenti mengambil gambar pemandangan di Belfast, utara Ireland sewaktu berjalan bersama rakan-rakannya pada ambang Tahun Baharu lalu.

 

Menurut sumber, Gavin Best tidak menyedari sesuatu apabila melihat gambar berkenaan menerusi telefon bimbitnya.

 

Satu imej unik hanya disedari lelaki berusia 43 tahun itu selepas melihat gambar tersebut secara lebih dekat menggunakan komputer riba beberapa hari kemudian.

 

Gavin terkejut apabila gambar berkenaan turut merakamkan imej seseorang sedang melompat ke udara, kemungkinan untuk aksi rakaman lensa yang lain.

 

“Saya ingatkan ia secara kebetulan yang tidak disengajakan tetapi saya menyedari tiada orang lain di sana semasa saya mengambil gambar berkenaan (pemandangan),” katanya.

 

Gavin memuat naik gambar tersebut di Twitter dan mendapat lebih 1,200 tanda suka.

 

Menurut Gavin dia memuat naik gambar itu di Twitter kerana dia melihatnya sesuatu yang istimewa dan wajar dikongsi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*