Semua Perjanjian Mesti Melibatkan Mukhriz

Untuk membuktikan bahawa perjanjian Mahathir dengan Pakatan Harapan bukan kerana Mukhriz, beliau perlu diberikan kerusi negeri untuk bertanding. Jika Mukhriz diberi kerusi parlimen untuk bertanding maka kita tahu perkara ini adalah mengenai Mukhriz kerana dia perlu menjadi Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri. Ini berkait dengan Mukhriz pada tahun 2004. Ini berkait dengan Mukhriz pada tahun 2009. Ia adalah berkait dengan Mukhriz pada tahun 2013. Dan ia masih mengenai Mukhriz pada hari ini. Dan sekarang Pakatan memberitahu kita tentang pembaharuan dan perubahan.

 

Mahathir meletak jawatan dari Umno pada pertengahan tahun 2002 tetapi mengambil masa 15 bulan untuk meninggalkannya sementara beliau memeterai perjanjian dengan Abdullah mengenai Mukhriz

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perletakan jawatannya semasa perhimpunan agung Umno pada pertengahan tahun 2002 terdapat peralihan selama 15 bulan sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 1 November 2003. Semasa tempoh peralihan selama 15 bulan Mahathir dan Abdullah duduk untuk memeterai syarat perjanjian mereka. Menurut apa yang dikatakan oleh Mahathir pada tahun 2006, perjanjian berkenaan menekankan apa yang Abdullah perlu lakukan sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri. Dan antara senarai terma dan syarat ini termasuk Mukhriz.

Mukhriz sepatutnya bertanding jawatan Timbalan Pemuda Umno pada tahun 2004 dan Abdullah sepatutnya membantu beliau memenangi jawatan tersebut. Bagaimanapun, menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin juga bertanding jawatan yang sama jadi Mukhriz telah terpaksa menarik diri. Sebaliknya Mukhriz bertanding jawatan Exco Pemuda Umno dan memperoleh undi tertinggi. Tetapi jika Mukhriz bertanding jawatan Timbalan Pemuda Umno melawan Khairy, dia akan kalah.

Abdullah tidak memberitahu menantunya agar memberi laluan kepada Mukhriz dan kerana itulah jawatan PM beliau mula menanggung akibatnya

Mahathir berkata Abdullah telah engkari perjanjiannya dan oleh itu terpaksa digulingkan. Khairy adalah penghalang kepada Mukhriz untuk ‘mendaki tangga’ Umno dan Abdullah tidak menghalang menantunya seperti yang sepatutnya. Mahathir ‘menjadikan’ Abdullah Perdana Menteri dan sebagai balasan Abdullah sepatutnya membantu Mukhriz ‘memanjat tangga’ Umno.

Sebaliknya Khairy dan bukan Mukhriz yang naik. Apabila Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009, ia juga berdasarkan terma perjanjian yang sama – bahawa Najib akan membantu Mukhriz ‘memanjat tangga’ Umno. Tetapi dalam pemilihan parti pada tahun yang sama Mukhriz kalah dalam pertandingan kepimpinan Pemuda Umno. Sebaliknya, Khairy menang manakala Mukhriz mendapat tempat ketiga selepas Khir Toyo.

Menjadi tugas Najib untuk memastikan bahawa Mukhriz ‘memanjat tangga’ Umno dan apabila itu tidak berlaku, Mahathir membelakangi Najib

Mahathir sudah mempunyai cukup janji-janji yang tidak ditepati dan kegagalan berterusan anaknya untuk memenangi jawatan dalam parti. Selama lima tahun Mukhriz terpaksa mengalami kekalahan demi kekalahan. Untuk menghukum Abdullah kerana ini, pada pilihan raya umum 2008 Mahathir bekerjasama dengan pembangkang untuk membantu mereka memenangi 82 kerusi Parlimen dan lima negeri. Mahathir akan memastikan bahawa pada pilihan raya umum 2013 Barisan Nasional akan melakukan lebih buruk daripada pada tahun 2008 kecuali Najib bersetuju dengan perjanjiannya.

Mahathir akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum tahun 2013 berdasarkan 3 syarat. Pertama Najib hendaklah melantik Mukhriz sebagai Pengarah Pilihanraya Kedah. Justeru beliau mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk menentukan senarai calon. Seterusnya, sekiranya Barisan Nasional memenangi Kedah, Mukhriz akan dijadikan Menteri Besar Kedah. Akhirnya, Najib mesti memastikan bahawa Mukhriz memenangi kerusi Naib Presiden Umno semasa pemilihan parti pada akhir tahun tersebut.

Mahathir dan Najib membuat perjanjian mengenai Mukhriz sebelum pilihan raya umum 2013

Dua syarat yang pertama adalah dalam kuasa Najib untuk membuat keputusan jadi beliau tunaikan tuntutan tersebut. Adapun jawatan Naib Presiden Umno, ianya bukan di dalam kuasa Najib kerana terpulang kepada perwakilan dan ahli untuk membuat keputusan. Jadi Mukhriz tidak memenangi jawatan Naib Presiden Umno dan ini membuat Mahathir sangat marah.

Lebih daripada sepuluh tahun sokongan Mahathir sentiasa bersyarat – bersyarat atas kerjaya politik dan masa depan Mukhriz. Apa-apa perjanjian yang dicapai mesti termasuk Mukhriz sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. Ianya sentiasa dan akan selalu berlaku. Jadi apa yang telah dipersetujui Pakatan Harapan mengenai Mukhriz untuk mendapatkan sokongan Mahathir bagi pilihan raya umum ke-14 akhir tahun ini?

Perjanjian yang kita diberitahu ialah Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sementara dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Anwar Ibrahim boleh mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Tetapi di manakah Mukhriz dalam situasi ini? Mahathir tidak akan membuat perjanjian melainkan ia termasuk Mukhriz. Jadi, ketika Pakatan Harapan memberitahu kita mengenai segala macam perkara, mereka tetap diam tentang Mukhriz.

Mahathir PM sementara atau Wan Azizah TPM Sementara bergantung kepada apa yang berlaku kepada Mukhriz dalam PRU14 tahun ini

Adakah Mahathir menjadi Perdana Menteri sementara atau Wan Azizah akan menjadi Timbalan Perdana Menteri sementara? Persoalan itu akan terjawab apabila kita tahu kerusi yang mana Mahathir dan Mukhriz akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Mahathir perlu bertanding di kerusi parlimen untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika Mukhriz juga diberikan kerusi parlimen dan bukan kerusi negeri untuk bertanding maka kita akan tahu bahawa Mukhriz adalah sebahagian daripada perjanjian itu.

Untuk membuktikan bahawa perjanjian Mahathir dengan Pakatan Harapan bukan kerana Mukhriz, beliau perlu diberikan kerusi negeri untuk bertanding. Jika Mukhriz diberi kerusi parlimen untuk bertanding maka kita tahu perkara ini adalah mengenai Mukhriz kerana dia perlu menjadi Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri. Ini berkait dengan Mukhriz pada tahun 2004. Ini berkait dengan Mukhriz pada tahun 2009. Ia adalah berkait dengan Mukhriz pada tahun 2013. Dan ia masih mengenai Mukhriz pada hari ini. Dan sekarang Pakatan memberitahu kita tentang pembaharuan dan perubahan.

Malaysia Today 

 

 

 

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Any Deal Must Include Mukhriz. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak pru14.tv mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak pru14.tv berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *