Pasangan Gay Raikan Perkahwinan Sejenis Yang Pertama Di Australia

Share This:

Terdapat lebih 23 negara yang mengiktirafkan perkahwinan sejenis diantaranya ialah,Belanda,Belgia,Spanyol, Kanada,Afsel, Norwegia, Swedia, Portugal,Islandia,Argentina, Denmark,Brazil, Inggris, Prancis, Selandia Baru,Uruguay, Skotlandia,Luxemburg, Finlandia Portugal,Islandia, Slovenia, Irlandia,Meksiko, dan Amerika Serikat.

 

Kini, New South Wales, Australia: Warga Australia semalam menyaksikan perkahwinan gay yang pertama membabitkan pasangan atlet lelaki negara tersebut dan pasangan lesbian di Melbourne.

 

Menurut laporan sebuah portal mengatakan, atlet Sukan Komanwel Australia, Craig Burns dan pasangan gaynya Luke Sullivan, juga seorang atlet berkahwin dalam satu majlis tengah malam tadi.

 

Menurut sumber, Tahun lalu, Parlimen Australia meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis dengan undian hampir sebulat suara daripada ahli-ahli Parlimen parti pemerintah dan pembangkang tanpa sebarang pindaan selepas hampir 62 peratus daripada 12.7 juta penduduk yang menyertai pungutan suara menyokong perkahwinan songsang.

 

Di Malaysia pula, PELANGI Campaign for Equality and Human Rights Initiative (Pelangi Campaign), sebuah NGO yang memperjuangkan hak-hak LGBTIQ tempatan yang dipimpin Numan Afifi, mensasarkan tahun 2030 sebagai tahun di mana hak LGBTIQ di Malaysia akan diiktiraf sepertimana LGBTIQ diiktiraf di Barat.

 

Ironinya, apabila mereka memperjuangkan golongan ini dan menyokong perjuangan golongan-golongan ini maka golongan tersebut akan menuntut dan mahu mengiktirafkan perkahwinan sejenis itu dalam perlembagaan negara pada akhirnya. Adakah masyarakat mahu perkahwinan sejenis itu turut dilaksanakan di Malaysia?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*