Najib Tidak Anak Tirikan Kelantan Seperti Mahathir

Share This:

 

Semalam Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membawa lebih banyak pembangunan kepada Kelantan berbanding ketika era Dr Mahathir Mohamad.

 

Mohd Amar, yang juga Naib Presiden PAS berkata ia berikutan wujud hubungan yang lebih baik antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika ini walaupun terdapat perbezaan ideologi antara kedua-dua parti.

 

“Keadaan sekarang jauh berbeza ketika Dr Mahathir memimpin negara. Beliau ketika itu dilihat meminggirkan Kelantan dalam aspek pembangunan akibat perbezaan politik.

 

“Namun demikian, semuanya berubah di bawah kepimpinan Najib (yang tidak menganaktirikan Kelantan) kerana banyak perubahan (terutama aspek pembangunan) telah berlaku di Kelantan ketika ini,” katanya.

 

Jelas kita dapat lihat bahawa ketika pentadbiran Najib pembangunan di Kelantan lebih baik berbanding pada era pentadbiran Mahathir.

 

Memetik sumber mengatakan, infrastruktur lain yang Kelantan sangat kekurangan semasa tahun-tahun Mahathir adalah hubungan pengangkutan kerana Mahathir menghalang dana untuk membina lebuh raya ke Kelantan kerana kebencian Mahathir ke atas Kelantan selepas beliau kehilangan negeri itu kepada PAS.

 

Sejak itu, selama beberapa dekad rakyat Kelantan terpaksa menempuh perjalanan yang lama dan penuh sesak untuk pulang ke kampung – ihsan Mahathir.

 

 

Manakala  perubahan berlaku ketika pentadbiran Najib,ketika laluan 325km Central Spine yang menghubungkan KL melalui Bentong di Pahang ke Kuala Krai sudah pun dibina dengan banyak bahagian yang sudah dibuka – termasuk Kerajaan Persekutuan membantu dan memasukkan sebahagian Lebuhraya Rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kelantan.

 

Walaupun masih dalam pembinaan, ramai yang mendapat manfaat daripada bahagian yang sudah dibuka.

 

Di samping itu, kerajaan akan melancarkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 3 di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang akan meluaskan jalan raya ini ke Kota Baharu.

 

Sudah tentu, fasa LPT 2 dibuka sepenuhnya pada Januari 2015, sangat dekat dengan sempadan Kelantan di Kuala Nerus.

 

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) yang melibatkan negeri Kelantan.

 

Sejajar dengan perkembangan semasa, Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra juga menyokong penuh  keperluan infrastruktur pengangkutan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Kelantan.

 

Menurut sumber mengatakan, pembinaan ECRL akan menyediakan landasan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Gombak, Se­langor; Gombak ke Kuantan, Pahang seterusnya hingga ke Tumpat, Kelantan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.

 

Projek berimpak tinggi itu akan mempertingkatkan lagi tahap perhubungan antara Kuala Lumpur ke Pantai Timur dan merancakkan lagi pembangunan di sepanjang jajaran ECRL.

 

Justeru, semua kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur yang sedang berjalan di Kelantan akan bermakna pertumbuhan ekonomi dan peluang akan semakin berkembang pantas kerana Kelantan mengecilkan jurang pembangunan dengan negeri-negeri pantai barat berbanding pentadbiran pada era Mahathir.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*