Mereka Dakwa Mahu Membela Rakyat, Tetapi…

Share This:

Jika mereka yang masih mentah di dalam politik, sudah tentu akan termakan dengan slogan Selamatkan Malaysia yang selalu di war-warkan oleh Pakatan Harapan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelbagai andaian mereka cipta hanya untuk memastikan sokongan daripada rakyat terus diberikan kepada mereka dalam misi untuk menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Antara slogan yang begitu kerap mereka laungkan adalah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini. Mereka juga kononnya mahu membela rakyat dengan menetapkan kadar upah yang tinggi walhal, sasaran mereka ini langsung tidak mengambil kira syarikat yang menggaji para pekerja mereka yang mungkin akan menyebabkan sesebuah syarikat itu gulung tikar.

Disebalik laungan mahu menyelamatkan Malaysia dan mengurangkan beban kos sara hidup, apa yang diperhatikan adalah, setiap kali para pemimpin Pakatan Harapan atau mana-mana agensi dan NGO yang ada kena mengena dengan pakatan pembangkang itu berhadapan dengan saman atau tindakan mahkamah, mereka begitu pantas merayu sokongan para penyokong mereka untuk menyumbangkan derma bagi meringankan beban mereka.

Lihat sahaja bagaimana Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang merayu derma dari para penyokongnya dan penyokong Pakatan Harapan bagi menyumbangkan derma sewaktu dia terpaksa membayar saman yang dikenakan keatasnya hasil daripada fitnahnya terhadap National Feedlot Corp (NFC).

Di beritakan, Rafizi berjaya mengumpul RM 1.5 juta hasil daripada sumbangan orang ramai terutamanya para peyokong Pakatan Harapan. Apa yang berlaku pada derma berkenaan? Tiada satu sen pun wang derma berkenaan di bayar kepada NFC. Sebaliknya dia menggunakan wang berkenaan untuk syarikat INVOKE yang diuruskannya. Ini bukan tuduhan tetapi ianya adalah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Rafizi.

Terbaru, portal pro pembangkang, Malaysia Kini pula menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada portal berkenaan bagi mebayar ganti rugi kepada Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang berjumlah RM 350,000. Sebelum ini, penduduk di Bukit Koman di Raub, Pahang mendakwa penggunaan bahan kimia berkaitan sianida untuk mengeluarkan emas di lombong RAGM telah memberi kesan kepada kesihatan mereka.

RAGM mengemukakan saman fitnah selepas Malaysiakini melaporkan mengenai aduan mereka, yang melibatkan tiga laporan berita dan dua video. Salah satu daripada laporan berita itu adalah mengenai penduduk kampung menyuarakan kebimbangan terhadap kegiatan perlombongan dekat kampung mereka manakala dua lagi adalah sidang akhbar yang diadakan oleh penduduk kampung. Klip video itu adalah dari sidang akhbar tersebut.

Apa yang menariknya, sebelum ini, Malaysia Kini seperti langsung tidak memperdulikan kod etika kewartawanan apabila sewenang-wenangnya memutar belitkan berita yang diterima oleh mereka. Bukan sedikit masalah yang ditimbulkan oleh portal ini namun mereka langsung tidak mempedulikannya sehinggalah mereka akhirnya terpaksa merayu kepada penyokong mereka bagi melangsaikan saman berkenaan.

Lihat sahaja modus operandi pembangkang ini. Sewaktu mereka mengeluarkan apa jua kenyataan memfitnah kerajaan, mereka langsung tidak mengambil kisah impak yang mungkin bakal mereka terima. Namun, apabila saman dikemukakan terhadap mereka, barulah mereka terhegeh-hegeh merayu bantuan dari rakyat bagi membantu mereka.

Di mana slogan mahu meringankan beban rakyat sedangkan setiap kali mereka di timpa masalah, kepada rakyat jugalah mereka tagih untuk melangsaikan pelbagai jenis saman yang mereka hadapi. Kenapa tidak mereka berusaha sendiri menyelesaikan masalah mereka? kenapa mesti rakyat dibebankan dengan masalah mereka?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*