Kesian Datuk Farid Kamil Tertekan, Sofi Jikan Mohon Henti Kecam

Share This:

Gempar seluruh industri tanah air apabila semalam seorang pelakon terkenal ditahan polis dan disahkan positif dadah. Farid Kamil yang juga seorang pengarah telah bertindak menampar seorang polis dan menendang orang awam semasa berada di balai polis. 


Tindakan peliknya itu menyebabkan polis melakukan ujian air kencing serta mendapati dia positif dadah jenis ganja. 

Farid ketika ditahan di balai polis.

Berita mengenai kejadian ini telah disahkan oleh  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din. Kini, Farid disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. 


Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.


Susulan berita tersebut, satu salinan laporan polis berkenaan kejadian itu telah tersebar di internet. Menurut laporan tersebut terdapat seorang lelaki yang membawa Farid ke balai polis  semalam. 


Sebelum  kejadian di balai polis tersebut berlaku, individu itu memberitahu beliau menjumpai Farid tidak berbaju didalam hujan dan meminta pertolongan. Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh. 

Rakan seperjuangan Farid, pelakon Sofi Jikan turut memberikan kenyataan mengenai pengarah itu. Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.

 

 



“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, ” ujarnya dipetik daripada mStar Online.


Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.


“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long. Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” ujarnya. 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*