Keluarga Aktres Sharifah Kehilangan Bapa Tersayang

Share This:

Bapa kepada keluarga Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah dan juga Sharifah Haslinda yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta, malam semalam dipercayai meninggal dunia pada pukul 9.15 malam Khamis di Hospital Ampang.

Menurut sumber, pelakon Shahirah yang juga kakak kepada aktres Sharifah Sakinah, menerusi Instagram berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital dua hari lalu akibat jangkitang kuman pada paru-paru.

 

“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak-anak dan sanak-saudara.

 

“Terima kasih atas doa semua, Alhamdulilah mudah abah pergi berjumpa penciptanya di malam Jumaat. Malam barakah, Insya-Allah syurga buat abah,” tulisnya.

 

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada pukul 11 pagi Jumaat.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*