Guan Eng Berlagak Minum Kopi “Bahankan” SPRM?

Skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dilihat membuatkan parti DAP yang memerintah Pulau Pinang berada dalam keresahan dan tidak lena tidur. Beberapa orang telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara ini memberi tekanan dan gambaran yang tidak baik terhadap parti Lim anak beranak. Tambahan pula, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan dakwaan jenayah salahlaku guna kuasa melibatkan pembelian banglo dan Taman Manggis.

Wartawan di Pulau Pinang dikejutkan apabila mendapat maklumat Guan Eng akan ditahan oleh pegawai SPRM berhubung projek terowong tersebut semalam. Menjelang jam 3 petang, ramai wartawan berkumpul di tingkat tiga Menara Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tiada apa yang berlaku dan maklumat berkenaan ternyata palsu.Pada pukul 6 petang, Guan Eng dilihat meninggalkan Komtar dan kumpulan wartawan yang menunggu beliau mengikutinya ketika ketua menteri itu berjalan menuju Jalan Penang.

Tujuan Lim adalah ke Kafe Toh yang terkenal di Pulau Pinang, yang menjadi tempat lepak kegemarannya selepas waktu bekerja. Dengan wajah ceria, Lim kemudian mengarahkan minuman dan roti bakar disajikan kepada wartawan yang mengikutinya. Turut menyertai Lim adalah beberapa pemimpin DAP, ahli majlis tempatan dan kakitangan beliau.

Ditanya sama ada beliau menunggu pegawai SPRM di pejabatnya sebelum itu, Lim menjawab, “Siapa kata begitu?”

“Tetapi terima kasih kerana mengiringi saya berjalan kaki ke sini untuk minum kopi bersama saya,” kata Lim.

Mungkinkah Lim Guan Eng sedang memperlekehkan SPRM? Atau ada sebarang perjanjian lain yang masih gagal dihidu oleh pihak berkuasa?

Bukti kedua bersama laporan polis telah dibuat oleh parti Cinta Malaysia. Namun kini Lim Guan Eng mendakwa tidak ada wang yang dibayar untuk pembinaan terowong tersebut kerana ia sepatutnya bermula pada tahun 2023 dan dijangka siap pada tahun 2027.

Beliau menambah bahawa projek itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd melalui tender terbuka dan keputusan untuk melantik firma itu dibuat oleh jawatankuasa tender negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Farizan Darus.

Dalam perkara ini pihak yang terlibat dalam siasatan perlu dipantau agar bukti yang wujud tidak dimanipulasikan sehingga perkara sebaliknya berlaku.

Pada Selasa, 12 premis, termasuk sembilan pejabat kerajaan dan tiga firma swasta yang terlibat dalam projek mega terowong bawah laut Pulau Pinang diserbu oleh pegawai SPRM dari Putrajaya. Dua pegawai eksekutif bergelar Datuk ditangkap dan ditahan selama enam hari untuk membantu siasatan. Difahamkan SPRM sedang meneliti dakwaan sogokan melibatkan pegawai kerajaan DAP Pulau Pinang berkaitan terowong yang bernilai RM6.3 bilion.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *