GALAKAN KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI BAGI POTONGAN CUKAI BULANAN LEBIH TEPAT

Share This:

Kenapa pentingnya pembayar cukai digalakkan untuk mengemaskini maklumat terkini pada permulaan tahun 2018 ini bagi tujuan Potongan Cukai Bulanan (PCB)?

Secara asasnya PCB merupakan satu mekanisme potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau kaedah-kaedah lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Keadah PCB sebenarnya telah diperuntukkan di bawah subsubseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta) bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira.

Dewasa ini, banyak penambahan ke atas kaedah PCB antaranya memperkenalkan kaedah pengiraan berkomputer di mana majikan yang menggunakan kaedah pembayaran gaji berkomputer (payroll system) dan ini diwajibkan mendapat spesifikasi serta kelulusan LHDNM.

Begitu juga formula kaedah pengiraan berkomputer adalah sama seperti pengiraan cukai setahun di mana semua potongan/pelepasan dan rebat yang dibenarkan di bawah Akta diambilkira.

Walau bagaimanapun, majikan yang tidak menggunakan kaedah pengiraan berkomputer iaitu pembayaran gaji secara manual, pengiraan PCB terhadap pekerja akan menggunakan Jadual PCB yang terdapat di dalam portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my.

Selain itu, bagi tujuan tuntutan terhadap potongan, pelepasan cukai atau rebat boleh dilakukan oleh pekerja dengan mengisi Borang Tuntutan Potongan Dan Rebat Individu (Borang PCB/TP1) dalam mana-mana bulan yang dipersetujui oleh majikan.

Maka adalah amat penting seperti yang digalakkan untuk pekerja mengemaskini maklumat terkini terutama taraf perkahwinan, makumat isteri atau pasangan dan anak-anak di bawah tanggungan agar potongan cukai dan rebat dituntut bagi tujuan pengiraan PCB akan sama atau hampir dengan cukai sebenar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*