Bintang Man United Tunjuk Bakat ‘Terjun’

Share This:

BINTANG Manchester United, Chris Smalling, Ander Herrera dan Luke Shaw berkesempatan menunjukkan ‘bakat’ menerjun mereka semasa di Dubai.

Anak didik Jose Mourinho itu berada di kem latihan di Dubai menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Stoke.

Dalam waktu rehat yang singkat itu, mereka sempat untuk melakukan beberapa terjunan.

Menerusi video yang dimuat naik Smalling di akaun Twitternya pada Rabu, kesemua mereka dilihat menikmati keseronok semasa membuat terjunan di sebuah pusat akuatik.

Pasukan Red Devils itu membuat persiapan dari segi kecergasan mereka di Dubai untuk perlawanan menentang Stoke di Old Trafford pada malam Isnin depan. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*