Tingginya Martabat Anwar Berbanding Mahathir

Share This:

Semalam menyaksikan bagaimana Pengerusi Harapan dan calon yang akan menjadi Perdana Menteri pertama Pakatan Harapan sekiranya mereka mampu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14, Tun Dr Mahathir Mohamad, buat kali pertamanya hadir ke sebuah hospital untuk melawat “sekutunya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia yang tiba pada jam 4.15 petang semalam dikatakan mahu bertemu dengan Anwar bagi mengucapkan terima kasih di samping dikatakan membawa sehelai surat akuan berhubung pencalonannya kali ini. Namun begitu, hasrat Mahathir ini tidak kesampaian apabila Mahathir langsung tidak mengemukakan sebarang permohonan bertulis kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia berhubung lawatannya ini.

Apa yang ingin disentuh disini adalah, kehadiran Mahathir untuk melawat Anwar hanya disebabkan beberapa perkara yang remeh. Umum sedia maklum bahawa Mahathir cuku menyanjung tinggi egonya sehinggakan semasa Anwar di masukkan ke wad HKL selepas pembedahan bahu baru-baru ini, Mahathir langsung tidak pergi melawatnya.

Walhal, semasa Anwar di masukkan ke wad, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada datang melawat. Mungkin juga pada ketika itu, namanya belum disahkan untuk dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Itulah sebab kenapa Mahathir merasakan tidak ada keperluan untuknya melawat Anwar di hospital.

Senarionya berubah kali ini apabila Mahathir sah dicalonkan. Kali ini, samada Mahathir benar-benar ikhlas datang ke hospital untuk mengucapkan terima kasih ataupun dia datang ke hospital untuk menunjukkan egonya sebagai calon Perdana Menteri, hanya dia sendiri yang mampu menjawabnya.

Namun, dari apa yang didedahkan oleh Mahathir sendiri, nampaknya, Mahathir kali ini benar-benar terpaksa tunduk dana menghormati kekuasaan yang ada pada Anwar di dalam Pakatan Harapan. Manakan tidak, dia terpaksa bertemu dengan Anwar hanya untuk meminta”restu” dan “keizinan” orang yang dimusuhinya selama lebih 18 tahun untuk membolehkan dirinya menerajui Pakatan Harapan.

Malangnya, drama berkenaan tidak berlaku semalam. Seandainya berlaku, ingin juga kita saksikan sejauh mana Anwar merestui Mahathir mengambil alih tempatnya sebagai calon Perdana Menteri. Juga menarik untuk disaksikan bagaimana Mahathir menunjukkan keegoannya setelah dicalonkan di hadapan Anwar dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Apapun yang berlaku, Mahathir akhirnya terpaksa akur kepada kekuatan yang ada pada Anwar di dalam Pakatan Harapan. Seandainya Mahathir memungkiri janji atau membawa Pakatan Harapan di laluan yang salah, pastinya Anwar akan bangkit sekali lagi untuk menumbangkan kedudukan Mahathir, tidak kiralah apa jua jawatan Mahathir pada ketika itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*