Selangor Tidak Hapuskan Tol Sebab Mahathir Kata Tol Malaysia Murah

Share This:

MAKIN malang nasib rakyat Selangor apabila pakatan harapan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pilihan mereka jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya. Tol di Selangor dikatakan tidak akan dihapuskan berikutan kenyataan “Bapa Segala Tol” itu yang mendakwa tol Malaysia adalah paling murah di dunia.

Rakyat Malaysia tahu dengan jelas bahawa perjanjian konsesi tol zaman pemerintahan Mahathir adalah berat sebelah. Ianya dikatakan lebih menyebelahi syarikat konsesi terbabit. Desas desus turut bertiup kencang mengatakan Mahathir mempunyai kepentingan secara tidak langsung dengan syarikat-syarikat berkenaan.

Apa yang cukup mengecewakan rakyat adalah tindakan Mahathir yang masih mempertahankan dasar pentadbirannya dahulu untuk mengenakan bayaran ke atas pengguna jalan raya melalui kutipan tol.

Syarikat konsesi yang dilantik ketika zaman Mahathir dikatakan telah bermaharajalela sekian lama membebankan rakyat dengan kenaikan kadar tol yang tidak masuk akal. Untuk makluman, pembangkang juga turut memiliki saham dalam beberapa konsesi tol tersebut.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa membayar pampasan yang tinggi terhadap syarikat konsesi ini agar kadar tol tidak dinaikkan. Datuk Seri Najib sedar bahawa kadar tol yang tinggi akan membebankan rakyat.

Namun berlainan pula dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu yang membandingkan kadar tol di Malaysia dengan negara lain sambil berkata ia paling murah di dunia.

Pemansuhan 4 tol di Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau di Selangor, Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) dan Bukit Kayu Hitam, berkuat kuasa awal bulan ini menunjukkan dasar berbeza daripada pentadbiran terdahulu.

Keputusannya menghapuskan tol itu menjadikan pembangkang resah, ketika ia diumumkan pada Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Oktober lalu.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*