Sasaran PH Bukan Lagi Lima Buah Negeri, Tetapi…

Share This:

Sepanjang penggal kali ini berjalan, Pakatan Harapan begitu giat menjaja sasaran mereka untuk menawan lima buah negeri pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Selain Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, pakatan pembangkang ini juga menyasarkan untuk menawan Kedah, Perak, Johor, Terengganu dan Melaka bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan sebaik sahaja PRU ke 14 melabuhkan tirainya.

Selama bertahun-tahun, inilah sasaran yang begitu hebat dijaja oleh mereka. Menurut beberapa laporan yang disiarkan menerusi akhbar mahupun portal pro pebangkang, sasaran ini mereka yakini mampu digapai jika dilihat kepada pergerakan dan gerak kerja yang mereka lakukan sepanjang penggal ini berlangsung. Ini termasuklah beberapa isu nasional seperti 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion dan banyak lagi.

Namun begitu, menerusi beberapa risikan dan temubual yang dilakukan terhadap orang kuat Pakatan Harapan hari ini, sasaran mereka telah diubah tanpa mengwar-warkannya kepada media massa mahupun media sosial. Mereka mempunyai sasaran baru selain daripada mempertahankan 87 buah kerus Parlimen yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Kali ini sasaran mereka adalah untuk menawan Parlimen yang mempunyai pengundi dari kalangan warga Felda pula. Secara amnya, sebanyak 54 buah kerusi Parlimen melibatkan warga Felda yang mana, sekiranya mereka mampu untuk memengani lebih separuh daripadanya dengan tambahan beberapa kerusi lagi, mereka mampu membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti 2/3.

Kenapa Felda? Menurut sumber ini memberitahu, terlalu banyak isu menyelubungi Felda hari ini di mana ianya mampu dimanipulasikan sepenuhnya oleh mereka untuk meraih undi. Sebagai contoh, isu membabitkan sebidang tanah di Kuala Lumpur yang masih hangat diperkatakan dan ianya boleh dijadikan “peluru” oleh mereka menawan Parlimen sekiranya kena dengan gayanya.

Malah, dalam beberapa gerakan jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan, mereka telahpun menggerakkan jentera mereka untuk menawan hati para pengundi Felda. Gerakan seperti ceramah, mengedarkan risalah dan pelbagai lagi telah digerakkan oleh jentera Parlimen-Parlimen berkenaan dengan harapan, apabila tiba masanya, warga Felda akan memberikan sokongan kepada mereka.

Hal ini dibuktikan apabila media pro pembangkang hari ini sudah tidak lagi mengumandangkan rancangan mereka untuk menawan 5 buah negeri selain daripada mempertahankan kerusi yang mereka menangi sebelum ini. Secara tiba-tiba, ianya senyap dan tidak lagi diperkatakan samada menerusi media mahupun siri ceramah yang mereka adakan.

Mungkin kedengarannya seperti sengaja diada-adakan namun inilah gerakan terbaru yang mereka rancang untuk meraih seberapa banyak undi dan memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menumbangkan kerajaan dan Barisan Nasional. Persoalannya, adakah jentera Barisan Nasional di kawasan Felda dan negeri sudah bersedia menghadapi ancaman terbaru ini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*