Real Madrid Cuba Bawa Salah Dari Anfield

Share This:

MUNGKIN semakin tercabar dengan seteru utama mereka, Real Madrid dilaporkan sedang cuba mengintai langkah yang sesuai bagi mendapatkan pemain Liverpool, Mohamed Salah.

Laporan media menyatakan skuad Los Blancos itu berasa tercabar dengan kejayaan Barcelona memujuk Philippe Coutinho untuk bermain bersama kelab berkenaan.

Khabar angin itu diperbincangkan hanya beberapa hari selepas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, menolak untuk membeli pemain baharu untuk skuadnya.

Kini terkeluar daripada perebutan kejuaraan La Liga, prerstasi Real Madrid memang tidak memuaskan.

Setakat ini mereka berada di anak tangga keempat dengan perbezaan 16 mata berbanding Barcelona. Real hanya mengumpul 32 mata daripada 17 perlawanan.

Tempat kedua pula diisi Atletico Madrid yang memiliki 39 mata. Berada di antara Atletico Madrid dan Real Madrid ialah Valencia yang memperoleh 37 mata.

Menurut Sky Sport Italia, Real Madrid sekarang terdesak untuk mengimbangi pengukuhan imej Barcelona yang memiliki Coutinho.

Sebelum ini Zidane berkata dia tidak memerlukan pemain lain dan mempunyai keyakinan padu kepada skuad yang ada sekarang.

“Ada detik pada musim ini yang sukar tetapi segala-galanya ada di depan dan kami akan tunggu apa yang berlaku antara sekarang hingga hujung musim,” katanya.

Namun pada masa sama peminat Real Madrid perlu bersikap realistik. Liverpool tentu tidak akan semudah itu melepaskan Salah.

Salah adalah pemain Mesir yang dibeli Liverpool dari kelab Itali, Roma. Prestasinya bersama skuad The Reds setakat ini memang sangat memuaskan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*