PENGUBAHAN WANG HARAM JEJAS KUTIPAN CUKAI NEGARA

Pengubahan wang haram atau boleh dikatakan juga pelaburan wang haram boleh dikatakan operasi utama ekonomi bawah tanah mengikut definisi wikipedia.

Proses manipulasi wang tunai atau secara elektronik melibatkan sejumlah besar wang yang diperolehi ini berkemungkinan diperolehi dari sumber kewangan hasil jenayah yang serius seperti penyeludupan dadah, keganasan, perdagangan senjata haram, pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Bagi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), aktiviti penyiasatan merupakan salah satu langkah penguatkuasaan yang dijalankan untuk mencegah pelarian cukai dan meningkat pematuhan cukai secara sukarela.

Salah satu peruntukan yang akan digunapakai dalam penyelesaian kes siasatan adalah dengan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Selaras dengan aktiviti pengubahan wang haram yang semakini menular di Malaysia, kes seperti ini turut melibatkan aktiviti pelarian atau pengelakan cukai oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

Secara tidak langsung sebarang pengelakan cukai atau pelarian cukai akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan negara sekiranya tidak dibendung. Ketirisan pendapatan yang sepatutnya dikemukakan secara sukarela akan mengurangkan hasil bagi tujuan pembangunan negara.

Selaku Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang di bawah AMLATFPUAA, LHDNM boleh mengambil tindakan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan kes pengubahan wang haram yang berkaitan dengan kasalahan berat di bawah Seksyen 112, 113 dan 114 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Justeru, LHDNM turut menganggotai Pasukan Petugas Khas pelbagai agensi yang diketuai oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia yang dikenali sebagai The National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang berperanan berkerjasama di kalangan agensi penguatkuasa tempatan dan antarabangsa untuk menangani kegiatan pengubahan wang haram.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *