Pelakon Pengarah Farid Kamil Ditangkap, Bertindak Tampar Anggota Polis

Selepas beberapa minggu meminta nasihat dari Mahathir Mohamad, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari difahamkan hari ini ditangkap polis kerana dipercayai menampar seorang anggota pasukan itu di Kota Damansara, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Memetik laporan portal Utusan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 tengahari itu, Farid yang berusia 36 tahun dikatakan melakukan perbuatan itu di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya sumber yang dipetik portal itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sebelum ini selepas beberapa hari bergelar Datuk, Farid ada bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk meminta nasihat berupa pesanan kepada artis-artis di negara ini.

“Artis mempunyai ramai pengikut.

“Kita kena guna pengaruh itu untuk kebaikan. Dalam al-Quran ada sebut amar makruf nahi mungkar,” kata Mahathir.

Beberapa hari selepas peristiwa itu, yang terjadi pada 19 Disember lepas, Farid pula ditahan polis.

Mohd Zani berkata ketika ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

“Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak,” katanya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *