Najib Jadi Insan Terpilih, Tapi Pembangkang Sibuk Memilih Jawatan

Share This:

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah mendapatkan keredhaan Allah serta jadi insan terpilih kerana diberi kebenaran masuk ke dalam Makam Nabi Muhammad SAW, di Malaysia Pakatan Harapan (PH) masih sibuk berebut dan pilih-pilih jawatan yang mana mahu direbut menjelang PRU ke-14 nanti.

Yang sudah pasti, Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dah diumumkan sebagai calon PM jika pakatan menang selepas hari mengundi nanti.

Jika Mahathir insan terpilih dan diterima untuk jadi Perdana Menteri, pasti rakyat Malaysia dan para pemimpin dalam pakatan akan menerima dengan hati terbuka. Sebaliknya, mereka semua membantah dan bukan sahaja pemimpin muda, yang senior pun menentang pemilihan Mahathir.

Bagaimanapun, Mahathir yang pernah jadi PM selama 22 tahun tak rasa apa-apa. Tetap tersengih dan tersenyum malahan seperti sukarela mahu sangat jadi PM biarpun dia sendiri kata tak mau jadi PM dah masa letak jawatan pada 2003 dulu.

Baginya, dia sudah dipilih dan akan lakukan habis-habisan untuk dapat juga jawatan sebagai PM biarpun di peringkat akar umbi sudah kedengaran suara membantah.

Paling lantang, anak kepada mendiang pemimpin veteren DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo berang apabila mengetahui nama Mahathir yang dinamakan sebagai calon jawatan ketua kerajaan itu.

“Sekiranya bapa saya masih hidup, beliau pasti tidak akan terima keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Kemudian, parti PAN pula sibuk mempersoalkan keadilan dalam pembahagian kerusi yang seakan-akan mencacatkan kempen pilihan raya mereka.

Dalam pengagihan kerusi di Semenanjung sebanyak 165 kerusi, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu hanya diberikan 27 kerusi sahaja yang paling sikit untuk bertanding pada PRU nanti. Sedangkan parti baru PPBM, pimpinan Mahathir dapat 52 kerusi, PKR 51 kerusi dan DAP 35 kerusi.

Padahal, banyak pihak sudah beri amaran kepada PAN bahawa mereka hanya jadi alat untuk DAP menarik undi dari orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada PAS supaya beralih arah dan sokong PAN yang berjuang ala-ala PAS. Bukannya, DAP ada keyakinan yang tinggi pada PAN pun.

Bagi isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula, selepas sudah jadi Ketua Pembangkang kini ada peluang pula beliau hendak merasa jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dulu dalam Langkah Kajang, gagal hendak jadi Menteri Besar Selangor kerana Sultan Selangor tidak perkenan. Siapa tidak berangan-angan kalau sudah tahu ada peluang jadi Timbalan Perdana Menteri.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pula mungkin juga pasang angan-angan, bahawa PH akan menolak nama Mahathir dan kemudian lantik dirinya jadi PM sementara nanti. Sudah lama sangat Muhyiddin jadi Timbalan masa dengan Najib dulu, mesti dia pun sudah merancang strategi untuk hasut orang tertentu untuk buka ruang Muhyiddin mungkin jadi PM.

Najib jadi insan terpilih, tapi pembangkang masih sibuk berebut sana sini dan pilih-pilih jawatan apa nak sandang kalau menang. Kemenangan itu pun ketika ini hampir pasti sudah jauh dari jangkauan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*