Malaysia Bukan Kepunyaan Melayu, Ungkapan Siapakah ini?

Share This:

Marahnya orang Melayu apabila tahap kesabarannya sudah melangkaui batasan kemanusiaan dipanggil “Amok” , “Amok” yang tiada dapat diterjemahkan dalam kamus bahasa menunjukkan betapa ianya  tidak dapat digambarkan dalam apa juga keadaan.

Oleh itu harus diingatkan bahawa  pengukuhan  perpaduan diantara Melayu seharusnya diperkuatkan dan tidak dapat digugat oleh mana man pihak sekali pun. Tambahan pula  apabila ada sebilangan besar orang Melayu sanggup memperjudikan nasib bangsa dan agama hanya kerana jawatan dan kepentingan.

Perpaduan Melayu bukanlah kita meminggirkan mana-mana kaum, sebaliknya ia juga adalah demi faedah seluruh rakyat Malaysia. Orang Melayu adalah kaum majoriti, oleh itu jika mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah sudah pasti ia akan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Tetapi kalau orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan melakukan tindakan seperti demonstrasi jalanan semata-mata kerana ideologi politik, ia sudah tentulah akan menggugat kehidupan kaum lain Oleh itu, kaum lain tidak perlu merasa gundah-gulana apabila orang Melayu bersatu, sebaliknya mereka perlu berterima kasih.

Apa yang penting semua pemimpin Melayu haruslah ikhlas. Mereka harus bersedia berunding dan mengatur langkah bagi memastikan hak serta ketuanan Melayu terus terpelihara. Jangan sesekali menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri hanya kerana mahukan puak yang memusuhi Islam terus berkuasa.

Janganlah mana-mana pihak merasa angkuh oleh kerana menang besar dalam pilihan raya, mereka tidak perlu lagi bercakap soal perpaduan Melayu.

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal.

Ramai rakyat Malaysia terutama  dari bangsa Melayu mula merasa bimbang dan merasakan agak sudah terlambat walaupun kita ada mempunyai sedikit masa lagi untuk mengubah keadaan. Rakyat sekarang mahukan satu peruntukan dan tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap penghinaan terhadap Islam Melayu dan Negara.

Sebelum nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam. Sesungguhnya UMNO itu lahir dari sebuah perikatan yang memperjuangkan Islam , Melayu dan Negara.

Rakyat sedar hal ini, Cuma segelintir dari rakyat yang berpaksikan kekayaan dan mengejar kepentingan sahaja akan sanggup menjual segalanya. Mereka sanggup menjadi tali barut DAP yang diketuai oleh Kit Siang.

Dalam hal ini DAP cukup bijak untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran.

Melumpuhkan Melayu pada kajian yang dilakukan oleh DAP satu ketika dahulu telah mengenalpasti  bahawa bangsa yang mudah ditewaskan adalah bangsa Melayu dengan memberikan imbuhan dan jawatan serta perempuan diatas riba mereka.

Jika ini berlaku , balaci Melayu ini akan sanggup melakukan apa sahaja  untuk mengekalkan keistimewaan yang diberikan oleh DAP walaupun terpaksa menjual agama, bangsa mereka sendiri. Ini sedang berlaku dikalangan pemimpin PAN, PKR dan PPBM sekarang.

Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Sekoyang-koyang mereka menjaja cerita yang tidak logik akal kepada satu bangsa Cauvanis yang berfahaman komunis dalam isu berkaitan dengan agama. Sedangkan DAP adalah memperjuangkan sekular yang merngasingkan agama dengan politik.

Sekarang setelah 9 tahun pemerintahan Guan Eng di Pulau Pinang dan menguasai pemerintah boneka PKR di Selangor, Rakyat sedang melihat betapa “Khalifah” yang mereka dendangkan satu ketika dahulu bukan mengamalkan pemerintahan “Umar Abdul Aziz” tetapi mengamalkan dasar diktator ala Nazi.

Bermula dari itu sekarang rakyat mula sedar bahawa dasar yang dijalankan oleh DAP yang diterajui oleh Kit Siang dan Guan  Eng lebih menjurus kepada kepentingan sokongan semata mata untuk menang dan bukan  berasaskan demokrasi sebenarnya.

Kedua-dua pemimpin berkenaan tidak suka dasar dan pemerintahan mereka dicabar atau ditentang oleh ahli parti. Mereka hanya tahu  bahawa segala arahan mereka adalah itu lah keputusan untuk semua sekutunya

Pemerintahan DAP tidak membenarkan sama sekali  ruang untuk menyuarakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan kepemimpinan atasan dalam DAP. Mereka memerintah dengan mencipta ketakutan, dengan mengugut tindakan perundangan kepada sesiapa yang mempertikaikan mereka.

Namun dengan tindakan ahli yang berjaya membuka mata, meninggalkan parti, kaedah itu (memerintah dengan mencipta ketakutan) dilihat sudah tidak boleh digunakan.

Tiada yang demokratik mengenai kepemimpinan DAP kerana mereka tidak menerima sebarang pendapat yang bercanggah dengan kepemimpinan atasan, malah sistem disiplinnya juga tidak selari dengan peraturan dan undang-undang.

Mari kita kitar semula kisah Yusmadi  pada PRU13 yang lalu,  ‘perang dingin’ di antara Yusmadi dengan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah berlarutan sejak sekian lama, kerana sering mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan oleh diktator yang bernama Lim Guan Eng.

Kelantangan anak muda yang juga merupakan seorang peguam itu yang kerap melemparkan kritikan terhadapan kepimpinan Guan Eng sebelum ini dikatakan sebagai punca utama tidak dipilih semula sebagai calon.

Setiausaha DAP itu sebelum ini memang diakui sebagai pemerintah kuku besi ala diktator. Inilah demokrasi ala Pakatan Rakyat, dipimpin oleh diktator yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Yusmadi disingkirkan.

Disebabkan itu, DAP dikatakan telah mendesak Anwar agar menggugurkan Yusmadi dari terus mempertahankan kerusi tersebut atas alasan sekiranya pakatan mahu mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan.

Jika orang mereka sendiri sanggup diperlakukan begitu , apa la sangat dengan penyokong Melayu Pakatan Harapan. Penyokong Melayu hanya sebagai sampah yang bila mahu dikutip dan akan disepak  bila tidak diperlukan.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas.

Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, ” Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*