Jika Pak Lah Berkeras Dulu, Mahathir Sudah Jadi Pembangkang Agaknya

Share This:

Penulis tertanya-tanya, jika Tun Abdullah Ahmad Badawi berkeras dan enggan letak jawatan pada 2009 dulu, mungkin bekas PM Mahathir Mohamad dah lama bersama pembangkang pada masa itu kerana kalau diingat kembali, cara Mahathir ketika konflik dengan Pak Lah sama iaitu, mengumumkan keluar parti UMNO apabila sudah gagal menjatuhkan beliau.

Kali pertama, Mahathir umum keluar dari parti UMNO ialah pada 19 Mei 2008 kerana konflik berkenaan dan cara yang sama, Mahathir turut mengajak ahli UMNO yang lain supaya turut berbuat demikian.

Ketika itu, alasan Mahathir ialah tidak yakin dengan kepimpinan pengganti yang dipilihnya sendiri, iaitu Abdullah.

“Saya umum saya keluar parti hari ini,” itu kata Mahathir di hadapan hadirin dalam satu program “Nasib Kedudukan Bangsa Melayu” di sebuah hotel di Alor Setar pada hari itu.

Pada masa itu, penyokong kuatnya Tan Sri Sanusi Junid juga melakukan perkara sama umumkan keluar dari UMNO.

Pada 9 Mac 2008, Mahathir lakukan perkara sama yang dilakukannya sekarang ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu menuduh Abdullah sudah memusnahkan Barisan Nasional (BN) kerana kekalahan agak teruk parti itu dalam PRU ke-12.

“Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab,” katanya pada masa itu kepada wartawan.

Bagaimanapun, Abdullah pada 8 Oktober 2008, mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Mac 2009 dan melepaskan jawatan Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Timbalannya Najib. Jika Abdullah berkeras sama seperti Najib mungkin senario pada tahun berkenaan berubah dan Mahathir sudah lama jadi Pengerusi pakatan pembangkang pada masa itu.

Oleh sebab Abdullah letak jawatan dalam masa yang agak singkat, Mahathir rasa diri beliau selamat dan tidak perlu sampai bekerjasama dengan DAP dan pembangkang bimbang imejnya akan rosak lebih teruk.

Penulis rasa, kini Mahathir sudah amat-amat terdesak kerana Najib tidak termakan dengan drama dirinya merajuk dan keluar UMNO kerana Najib yang mengundang Mahathir untuk kembali kepada UMNO sebaik mendapat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mahathir sebenarnya tidak sanggup untuk pergi bertemu dengan pemimpin pembangkang terutamanya Lim Kit Siang kerana permusuhan mereka dan Mahathir tahu apa yang dilakukan oleh DAP salah dan bakal menghancurkan UMNO dan BN. Bagaimanapun, sekarang Mahathir sudah tidak boleh menunggu lama untuk melihat Najib dan BN jatuh.

Perancangannya, meletakkan Najib kononnya calon muda yang akan ikut telunjuknya gagal kerana Najib rupa-rupanya calon penuh integriti dan memelihara kebajikan negara demi masa depan dan rakyat.

Penulis dapat rasakan betapa marahnya Mahathir apabila Najib tidak seperti apa yang disangkanya, kini di ambang sisa usia, Mahathir benar-benar nekad hendak berjuang menjatuhkan BN dan Najib asalkan masalah peribadi dirinya dengan kroni berjaya diselesaikan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*