Farid Kamil Mengamuk, Tampar Anggota Polis

Share This:

 

Pelakon dan juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd  Datuk Farid Kamil Zahari yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk bulan disember 2017 lalu dikatakan ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

 

Menurut sumber akhbar, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

 

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*