Dua Mat Lajak Maut Dirempuh Kereta

Share This:

PONTIAN: Dua remaja yang menunggang basikal lajak maut dirempuh sebuah kereta manakala seorang lagi patah bahu.

Ibnu Ahmad Ahmad Nais, 16 tahun, dan Amiruddin Abd Majid, 13 tahun, mati dalam kejadian 11 malam tadi, lapor Berita Harian.

Mereka, baru pulang perjumpaan kumpulan kompang, dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki lingkungan 30-an di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas di sini.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman dan apabila menoleh, saya nampak sebuah basikal melambung tinggi,” kata Fazli Hashim, 36 tahun, berada di warung berhampiran lokasi kejadian.

“Seorang lagi remaja ditemui dalam parit agak jauh (tercampak) dari lokasi kejadian”.

Dua lagi rakan mangsa, Nur Iqmal Haffiz Abdul Wahab, 15 tahun, patah bahu manakala Mohammad Nur Hayatuddin Mazli, 15 tahun, cedera ringan. Mayat mangsa dan remaja yang cedera dibawa ke Hospital Pontian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*