Beto Kusyairy Muak, Kritik Drama Cinta Melayu Semakin Bosan

Share This:

Memang tidak dinafikan, kebanyakan drama Melayu yang disiarkan di televisyen mempunyai konsep yang sama sahaja seperti kahwin paksa, cinta antara dua darjat dan kisah menyelamatkan empayar perniagaan seperti luahan Beto Kusyairy.




Dia juga mempersoalkan sampai bila masyarakat kita perlu dihidangkan dengan cerita sebegini? Adakah jalan cerita sebegini yang benar-benar mahu disajikan kepada penonton?


Berdasarkan keluhannya  di laman twitter, dia menerima tawaran lakonan oleh beberapa produksi yang mempunyai sinopsis dan skrip dengan genre yang sama sahaja hingga menimbulkan rasa bosan.


Menurutnya, kisah romantis yang kerap disiarkan di kaca televisyen sebenarnya jauh dari realiti sebenar kehidupan masyarakat.


Rakan artis yang lain juga turut memberikan pendapat dan sokongan dengan apa yang disampaikan oleh Beto.

Tapi hakikatnya selagi ada yang menonton selagi itu genre seperti ini sentiasa ditayangkan untuk hiburan penonton.



Beto juga mengakui bahawa ada sahaja dalam kalangan rakannya tidak menyukai keadaan industri berterusan begini namun disebabkan ada keluarga yang perlu ditanggung mereka tiada pilihan demi sesuap rezeki dan hutang yang perlu dibayar.



Netizen juga bersetuju dengan kenyataan Beto dan tidak kurang juga ada yang memberi cadangan tentang keadaan ini.



Betul sangat apa yang Beto luahkan. Muak tengok genre sama sahaja. Stesen televisyen cuma nak untung sahaja! 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*