80 Paderi Didakwa Lakukan Penderaan Seks Terhadap Kanak-kanak

Share This:

Penderaan seks terhadap kanak-kanak yang mendakwa paderi Katolik melakukan perkara tersebut didedahkan kumpulan pemantau, BishopAccountability.org yang berpangkalan di Amerika Syarikat semalam, menjelang kunjungan Pope Francis, ke negara itu, minggu depan.

 

Memetik sumber akhbar mengatakan, sekurang-kurangnya 80 paderi Roman Katolik dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Chile sejak 2000.

 

Francis, pope pertama Amerika Latin yang lantang menentang kes penderaan seumpama itu, mencetuskan kegemparan gereja selama bertahun-tahun, tetapi beliau berdepan gesaan untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan.

 

Berdasarkan rekod mahkamah dan laporan media, BishopAccountability.org mengemas kini pangkalan datanya mengenai paderi yang secara terbuka dituduh melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*