Terowong Dasar Laut: Mana Laporan “Feasibility”, Duit Dah Banyak Habis

Share This:

RAKYAT Pulau Pinang kini sedar yang mereka telah ditipu oleh DAP. Kleptokrasi, rasuah, membazir, zalim dan sebagainya yang dilaungkan DAP sebenarnya mengambarkan kriteria diri mereka sendiri.

Isu terowong dasar laut Lim Guan Eng telah membuka mata mereka. Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa tidak lagi menangguhkan laporan kelayakan (feasibility) bagi pembinaan terowong dasar laut yang didapati tertangguh selama 21 bulan.

Laporan itu bukan sahaja tertangguh selama berbulan-bulan malah tiada tanda ia akan siap sepenuhnya sedangkan duit rakyat Pulau Pinang telah “diperjudikan”. Kini mereka tahu bahawa duit yang hilang bukannya dari 1MDB tetapi dari kocek rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan DAP juga didapati berkali-kali menangguhkan laporan “feasibility” tersebut iaitu tempoh yang sepatutnya siap adalah 30 April 2016. Kelewatan tersebut dianggap amat luar biasa kerana ia asyik tertangguh. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membayar RM208 juta untuk pertukaran tanah.

Menurut sumber, pemaju swasta mula mempromosikan dan menjual unit kondominium mewah yang didirikan di tanah tersebut seperti yang terkandung dalam perjanjian pertukaran terbabit. Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP dilihat hanya membantu golongan berpendapatan tinggi dengan mengorbankan Pulau Pinang apabila mereka menjual tanah negeri tersebut.

Pada pertengahan 2017, kerajaan DAP pulau Pinang mengumumkan bahawa laporan tersebut telah siap 83 peratus dan berjanji akan siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu. Namun sehingga kini, ianya masih tidak siap.

Projek mega terowong dasar laut dan tiga lebuhraya bernilai RM6.3 bilion telah dianugerahkan kepada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd pada tahun 2013 melalui tender terbuka yang mana konsortium itu diberi tempoh sehingga 30 April 2010 untuk menyiapkan laporan kelayakan.

Sementara itu, Oktober lalu, Pengerusi konsortium itu, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli berkata, pihaknya tidak perlu mengemukakan kajian kebolehlaksanaan kerana projek itu hanya dijangka bermula enam tahun kemudian.

Sekarang siapa yang mengamalkan kleptokrasi? Siapa yang menghilangkan duit rakyat?

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*