PKR Selangor Tolak Mahathir

Share This:

 

Berhubung dengan pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri nampaknya ada di kalangan pemimpin PKR yang membantah dan menolak dengan pencalonan tersebut.

 

Menurut sumber, PKR Selangor yang kecewa dengan pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri. Mereka membantah pengumuman calon perdana menteri dan timbalannya baru-baru ini di Konvensyen Pakatan Harapan (PH) dengan menegaskan individu yang layak memegang jawatan itu perlu datangnya dari PKR.

 

Memetik sumber dalaman mengatakan PKR Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin Ali juga menegaskan ia kecewa dengan pemilihan itu.

 

Dalam kenyataan itu, ketua penerangan PKR Selangor, Hizwan Ahmad antara lain membangkitkan mengenai pengorbanan penyokong gerakan Reformasi yang memerah “keringat, darah dan air mata”.

 

Maka pemimpin parti sepatutnya mengutamakan ketua umum mereka Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, kata Hizwan.

 

Sebelum ini, Anwar juga pernah menyatakan yang beliau tidak akan setuju sekiranya ada di kalangan mereka yang tidak setuju dengan pencalonan itu.

 

Bantahan ke atas pencalonan Dr Mahathir itu turut disuarakan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berpendapat Pengerusi Bersatu itu lebih layak menjadi menteri kanan dan bukannya perdana menteri.

 

Ahli Parlimen Ampang itu berkata dengan pengalaman pahit sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini Dr Mahathir tidak seharusnya menjawat jawatan itu semula.

 

Ironinya, kesannya perbalahan mungkin berlaku di kalangan parti sendiri dan perpecahan parti boleh berlaku, sekaligus memberi kesan kepada masyarakat dan wujudkan ketidakstabilan dalam negara, mata wang mungkin akan jatuh, pelabur tak yakin serta menyebabkan hasil negara terjejas.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*