Oprah Mungkin Bertanding Jawatan Presiden, Cabar Trump

Share This:

Pengacara hebat, Oprah Winfrey mendapat gesaan dan juga sokongan orang ramai untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat bagi mencabar Donald Trump.

Ini selepas wanita berkenaan memberi ucapan bersemangat ketika anugerah Golden Globes baru-baru ini, petik The Guardian.

Difahamkan rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey merupakan calon yang lebih baik, malah lebih bagus berbanding Trump sendiri.

Untuk rekod, dalam satu temubual kira-kira 20 tahun lalu, Trump pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presidennya.

Pun begitu, wanita bertaraf hartawan ini berkata dia tidak mahukan jawatan tersebut.

“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,” katanya di belakang pentas.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*