Misteri Dua Kanak-kanak ‘Ghaib’ Dua Jam

Share This:

 

Misteri kehilangan dua sepupu di Kampung Tok Malik yang ‘ghaib’ dua jam menjadi tanda tanya apabila mereka dakwa diajak seorang ‘wanita’ bermain di kolam.

 

Kehilangan Nurul Husna Abdul Hadi, 6 dan Nik Nur Arisa Nik Mohd Zurairi, 6, tular semalam apabila hilang waktu pulang tadika kira-kira jam 12.30 tengahari.

 

Bagaimanapun, mereka ditemui selamat selepas usaha mencari oleh 50 penduduk kampung dan solat hajat diadakan di surau berdekatan.

 

Nik Nur Arisa berkata, seorang wanita mengajaknya bermain di kolam sambil menangkap ikan selepas keluar dari pagar tadika.

 

“Saya nak balik malam esok, tapi Husna nak balik pagi.

 

“Saya nampak che ( datuknya Ismail Mat) di kebun tapi che tak nampak kami,” katanya.

 

Selepas solat hajat diadakan Nik Nur Arisa ditemui berdiri sambil memikul beg sekolahnya dalam keadaan basah kuyup berdekatan pokok tebu kira-kira 50 meter dari rumahnya laluan masuk ke rumah datuk mereka.

 

Kelibat Nik Nur Arisa itu dilihat oleh ibu saudaranya, Zawiyah Ismail, 48, kira-kira jam 2.30 petang dan kemudiannya dibawa ke lokasi Nurul Husna yang terduduk keletihan dengan pakaian kotor di akar pokok durian di belakang rumah datuk mereka.

 

Ibu Nurul Husna, Hazama hasan, 44, berkata, dia tidak menolak kemungkinan anaknya disembunyikan bunian kerana tempat yang didakwa anaknya bermain kolam itu adalah tempat keras dan kawasan kubur lama.

 

“Di situ mana ada kolam, hanya ada bendang padi, belukar dan kawasan itu bukan laluan penduduk.

 

“Macam mana anak saya boleh sampai ke situ yang jaraknya 200 meter dari rumah padahal saya sampai awal di tadika itu untuk menjemput mereka berdua pulang.

 

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur anaknya selamat tetapi masih lagi trauma dan tidak banyak bercakap seperti biasa.

 

Tambahnya lagi, mujurlah tiada apa-apa yang berlaku walau pun ketika menemui mereka, lintah banyak melekat di badan mereka.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*